My Blog List

Tuesday, November 1, 2011

30 Oktober Tarikh Bersejarah Bagi AUKU

Timbalan menteri setuju AUKU dipinda
Selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai tidak sah, Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau secara peribadi setuju supaya akta itu dipinda.

NONEKatanya, beliau telah banyak kali menyuarakan perkara itu, antaranya dalam tulisannya di dada akhbar, termasuk membentangkannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum ini.

"Ada orang mahu pinda, ada orang minta mansuh (AUKU). Tetapi kita sebenarnya bercakap perkara yang sama, iaitu tidak suka pada Seksyen 15.

"Kita mahu mahasiswa bebas bersuara dan menyertai politik. Pada saya kita kena pinda Seksyen 15," katanya yang dilihat kerap memberikan pandangan promahasiswa dalam pelbagai isu.

Mahkamah Rayuan pada 30 Oktober memutuskan Seksyen 15(5) AUKU yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya sebagai tidak sahdan mencabul kebebasan bersuara.

Ketika diajukan soalan tentang pendiriannya berhubung isu itu dalam forum membincangkan "politik baru" di Kuala Lumpur malam tadi, Saifuddin berkata pindaan perlu dibuat, antaranya demi meningkatkan penyertaan mahasiswa.

Sementara itu, bercakap kepada Malaysiakini dan sebuah saluran televisyen selepas itu, Saifuddin berkata, sebelum dibawa ke kabinet, isu sama ada kerajaan perlu membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan akan dibincangkan di peringkat kementeriannya dahulu.

NONEKatanya, keputusan mahkamah tidak harus dilihat daripada aspek pihak mana yang menang dan pihak mana yang kalah, sebaliknya hendaklah meliputi persoalan moral dan intelektual di sebaliknya.

PPSMI: Jangan ugutan politik

"(Kerana) kita boleh sahaja menang secara legal (undang-undang) tetapi kalah daripada sudut moral," katanya yang juga anggota parlimen Temerloh.

Ditanya tindakannya sekiranya kabinet memutuskan membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan, Saifuddin menjawab perkara beliau terpaksa akur jika keputusan itu dicapai.

Bagaimanapun, tambahnya, masih terlalu awal untuk sampai ke peringkat itu.

"Kita masih boleh bincang perkara tersebut," katanya lagi.

anti ppsmi a million post card campaignSementara itu, menyentuh isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang berbangkit semula, Saifuddin berkata ia berpunca akibat tidak cukup perbincangan ketika ia diperkenal dan juga ketika dimansuh.

"Jadi kita terperangkap di tengah-tengah. Yang penting bagaimana menseimbangkan antara pilihan dan perpaduan nasional (dalam pengajian dua subjek itu)," katanya ketika bersoal jawab dengan peserta program itu.

Beliau juga menggambarkan keadaan yang berlaku sekarang antara kumpulan pro dan anti-PPSMI seolah-olah "dua parti politik" berbeza.

"Jangan buat ugutan politik. Ini soal pendidikan. Bawa bincang," katanya kepada pemberita selepas itu.

Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) dengan nada amaran sebelum ini mendesak PPSMI diperkenal semula sebagai ganti kepada kemenangan dua pertiga BN dalam parlimen.

Jaulah Sehari Sebelum Kembali Ke Tanah Air Terhenta.....

Jaulahku Bermula Pada 26 Oktober 2011....

Daripada Rumah Aiman....Kami bertiga Ana, Aiman Dan Faris Pergi Ke Menara Berkembar Kuala Lumpur...


Ahahaha nie lah ana ketika otw pergi ke Stesen LRT Gombak dengan menaiki kereta.... Jom2x Jaulah....


Seterusnya Perjalanan Kami Diteruskan Dengan Menaiki LRT Gombak dan Kami Akan Berhenti Di Stesen LRT KLCC.......Jom2x.....Terokai....



 Sampai-sampai jak di Stesen KLCC....terus Ambil gambar bawah KLCC.....SubhanAllah tinggi nya Bangunan KLCC.....Semuanya Kuasa Allah....even Manusia Yang Buat tapi kita kena perbetulkan presepsi kita bahawa Allah S.W.T yang telah memberikan tenaga, cetusan idea dan pelbagai kepada pekerja, arkitek dan semua yang terlibat dalam pembinaan KLCC ini....SubhanAllah sungguh besar kekuatanmu Ya Allah....


Setelah Penat Berjalan Di Luar Dan Bergambar.....Apa Lagi Perut pun Dah Membuat Konsert....Dengan Berirama.....Kami Pun Masuk Dalam Suria KLCC.....Benda Yang Di Cari Cuci Mata Sahaja....ehe....
Jom2x....


Setelah Penat Berjalan.....Nah apalagi Menyinggah Kami Di Food Court Yang Terdapat Di Tingkat 4.... Terlalu Banyak Aneka Pilihan sehinggakan Rambang Mata Di Buatnya.....Oleh Kerana Memikirkan Bajet....Jadi Yang Ini Jadi Pilihan....Walaupun Nampak Simple....Tapi...Pergh!!! Sedapppp...ehhe
Apapun Syukur Alhamdulilah.......Rezeki Dari Allah....Apa Lagi Jom Makan3x!!....
OppppSS!!...Jangan Lupa Baca Bismillah Ye....












Setelah Makan....Kami Pun Pergi Ke Masjid KLCC....ana pun X pasti namanya apa, tapi berdasarkan guide tourist kami Mr. Aiman....ehe....So Solat lah Kami Asar.....Alhamdulilah Selesai solat sempat lagi sorang-sorang berposing dengan berlatar belakangkan KLCC.....^_^



Inilah Gambar Terbaik Dapat Ambil Sebelum Kami Bertolak Balik Ke rumah Aiman Di Greenwich...ok2... Next Day Ana akan pulang ke Tanah Air Yang Terchenta......






27 Oktober 2011.....
Tarikh yang ana nantikan semasa exam lagi yang berakhir pada 20 Oktober 2011.....Alhamdulilah hari dan waktu yang dinantikan akhirnya tiba juga.......


Inilah Perjalanan ana bermulah...dengan membawa 3 beg Berisi bermacam-macam yang di bawa dari bumi Serambi Mekah iaitu Negeri Kelantan....Setelah sekian Lama Berada Di Perantauan Akhirnya Ana dapt juga peluang untuk pulang ke Tanah Air Yang Terchenta......Perjalanan kami lebih kurang 11.30pagi menuju ke KL Sentral....



Menanti dengan Penuh Debaran Di Dalam Kereta....Apabila Kami Hampir Sesat di tengah-tengah bandar metropolitan ini...Namun Dengan Berkat Kesabaran dan Kegigihan Serta Tawkal...Akhirnya Kami Sampai Juga Ke KL Sentral...Syukran Jazilan Aiman & Faris.....


Alhamdulilah Akhirnya Bertemu Juga Kami Dengan Kl Sentral....Sampai Sahaja Di Sana, kami terus ke stesen Bus untuk membeli tiket bus menuju Ke KLIA..Jam Pada Waktu itu lebih kurang Jam 12.00pm...Dan Masa untuk ana berlepas Pada jam 5.30pm....Tapi lebih baik kita datang awal daripada kita datang lambat.....Dan Alhamdulilah Ana sampai di KLIA tepat jam 1.00PM.....


Sesudah Sampai Di KLIA....Ana terus mencari tempat ruang perlepasan untuk mengambil Boarding Past Dan juga Chechk In Bagasi Ke Dalam Kargo....Dan Alhamdulilah Dengan Teknologi Yang Serba Canggih Dan Kini Ana Telah Pun Mendapatkan Boarding Past Awal Dan Checkh In Awal......


setelah Selesai Semuanya....Ana Mengerjakan Solat Zohor Terlebih Dahulu Sebelum Masuk Ke Dalam Ruang Berlepas......



Setelah Masuk Ana Melihat Pada Skrin Tv Yang Memaparkan Jadual Penerbangan...Dan Ana Melihat Ada Perubahan Pintu Gate.....Dalam Boarding Past Ana Pintu Gate A7, Tapi Dalam Skrin Kapal Terbang Bertukar Pergi A8.....Xpa Yang Penting Penerbangan Tidak Delayed.....




Sementara Menunggu Saat Penerbangan Ke Kota Kinabalu Sempat Lagi 09 Di KLIA....Al Maklumlah...Wifi Free....Tapi Boleh Excess 2 Jam jak...x boleh lebih.....xpa yang penting smepat juga ana meng 09.....ehe...




Masa Yang Di Nantikan Telah Tiba.....sekarang Tengah Menunggu Di ruang Dalam Menunggu Untuk Menaiki Kapal Terbang Di Laluan berbumbung Yang Mereka Sediakan......



Sempat Lagi Bergambar dalam kapal even di larang mengON kan Hanset atue....ehehe...


Mengambil Pemandangan Kawasan Depan Kapal Terbang.....




Antara Makanan Yang Di sediakan Dalam Kapal Terbang Bagi Penerbangan Mas.....ehehe Nasi Ayam....Ada Coklat Lagi.....Apa LAgi Jom2x....Makan...


Alhamdulilah....akhirnya tepat pada jam 8.15pm ana pun selamat tiba di lapangan terbang KKIA.....kota kinabalu sabah......Alhamdulilah......

Setakat itu dahulu Jaulah Perantauan..InsyAllah Hingga Ketemu Lagi Dalam Jaulah Seterusnya.....

Salam Ukhuwah Sahabat.......

Sahabat,
Jikahari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH,
Jikaku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiah ALLAH,
Jikaku lemah tak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
Jika antarakita ada tembok yang memisahkan,
Ajaklah aku meleraikannya segera,
Jika pernah hatimu terluka,
Luahkanlah agar aku berubah,
Dan……..
Jika esok aku terlena tanpa terjaga,
Iringilah aku dengan kalungan doa,
Berjanjilah sahabat..
Ikatan ukhuwwah antara kita
 Akan berkekalab untuk selama-lamanya……




Ciri-Ciri Bakal Suami Pilihan ^_^ ~kaum hawa,setuju ke tidak~




KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

  • Kuat agamanya
    Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
  • Baik akhlaknyaKetegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
  • Tegas mempertahankan maruah
    Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
  • Amanah
    Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
  • Pemurah tetapi tidak borosDia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
  • Tidak liar matanya
    Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
  • Terbatas pergaulan
    Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
  • Rakan pergaulannya
    Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
  • BertanggungjawabRasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
  • Tenang wajahApa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.
inilah definisi romantik bagi saya ^_^

 MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI ( sangatlah penting )

Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: “Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )

Tauladan Rasulullah dalam kehidupan berkeluarga:
Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.
Wassalam.
Perempuan kat luar sana..fikir-fikirkanlah ye...^_^...

Cinta....Dalam Islam....Ayuh Terokai.....

Cinta Hakiki Adalah Cinta Pada Sang Rabbi.......Maha Esa......

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. 

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. 

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.
 

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w. 

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.
 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w. 


Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.


Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa .

Motivasi Untukku dan Semuanya....

Sesuatu Yang Di Impikan....

Tidak Selalu Menjadi Kenyataan.....

Tetapi Apa Yang Tidak Di Duga.....

Selalu Berlaku Dengan Tiba-Tiba......

Biarlah Kita Menangis Hari Ini......

Kerana Kesakitan Semalam......

Tetapi Usah Kita Ketawa Berpanjangan........

Kerana Kegembiraan Yang Belum Pasti.......

Untuk Selama-lamanya......

Monday, October 31, 2011

Berita Dari Sabah

Kepayan-31 Oktober- Kereta Api Yang telah terbakar dan meletup, dipercayai kereta api itu telah tergelincir daripada landasan dan selang beberapa minit meletup.....Dilaporkan perkara ini berlaku lebih kurang dalam jam 5.00 petang tadi. Kelihatan juga Kepulan asap nampak sejauh 300km daripada tempat kejadian....Hal ini juga telah meletupkan beberapa buah kereta yang berpusu-pusu menuju ke destinasi yang kebanyakkan baru balik daripada bekerja, laluan daripada kota kinabalu ke kepayan telah jame dan mengambil masa juga untuk meleraikan kemalangan ngeri tersebut.....Berdasarkan kaji selidik polis, kemungkinan mangsa korban ramai.... Ini disebabkan kebanyakkan orang ramai yang menaiki kereta api itu tidak sempat keluar daripada kereta api tersebut....Apapun semoga kita doa-doa semoga tidak ada yang teruk berlaku.....

Selang beberapa minit, beberapa ambulance daripada Hospital Queen Elizabeth dan beberapa  buah kereta bomba telah sampai....Sesungguhnya inilah kes Yang Pertama Berlaku di Sabah Setelah Sekian Lama Kereta api di sabah tidak pernah meletup....

Untuk makluman kereta api ini baru sahaja siap dan baru sahaja memulakan operasinya di awal tahun 2011 ini....dan tidak sampai setahun ianya meletup.....siasatan lanjut akan dijalankan oleh pihak polis.....

wallahualam...mangsa-mangsa kejadian telah dihantar ke hospital Queen Elizabeth (HQE) kota kinabalu sabah..... pihak polis juga sedang mengawal laulintas supaya tidak jem teruk....pihak polis juga masih mengkaji punca kejadian....

-pena sanubari-.....