My Blog List

Friday, April 13, 2012

Suatu Yang Menarik Ada Pada Lelaki


1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis.

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan korang seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik korang menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25. Lelaki lebih banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

28. Sukar untuk lelaki melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Sunday, March 18, 2012

“Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?”

Bismillahirahmanirahim....


Assalamualaikum.... alhamdulilah, aku terjumpa sebuah cerpen yang mungkin berguna buat sahabat2x di luar sana juga sahabat muslimah agar mereka tahu bahawa perkahwinan adalah satu perjuangan.... mudah2han di kurniakan kepadaku seorang muslimah yang sudi di madukan.....

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.
“Tak. Maksud saya…”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
Perjuangan!!” jawab Fikri.

——————————————

Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu… 
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan!!!

Thursday, March 15, 2012

Sebuah Episod Bersama Arwah Bonda Tersayang

Hari ini genap 3 bulan sudah arwah meninggalkan diriku...

Aku Terkenangkan.....

Dulu....Aku pernah di rotan oleh arwah oleh sebab kenakalan ku....
mana ndaknya, dah di bilang jgn keluar pi taman ptg tue...
sbb hujan tyme tue... ndak jg ba lebat hujan tue.... sikit2x jak....
renyai2x jak...tapi kdg2x lebat.... aku panggil hujan lari... bukan hujan tue berlari
tapi dia kejap ada, kejap ndak ada.... tue sbb aku ckp hujan lari...
jadi nak di jadikan crita ptg tue.... memg wktu fvrite ba asal jam 3 ptg...
memg aku hilang sudah tue, hehehe, lumrah budak2x ba kan....
jadi tyme jam 3 tue lum lagi hujan, tp awan dia bikin takut nie... gelap nie
tp ku gagahkan juga kaki ku, azam yg tekad pi juga keluar scra snyap2x....
tmbh2x lagi tyme tue kami2 and geng2x budak taman main bola....
ba sepa yg ndak minat main bole tyme hujan... fuhhh pglman.....
xsgka main punya main kan.... jam 6 nie... tyme tue masih igt mgrib jam 6.05
baygkan 5 minit lagi mahu mgrb... mujur tyme tue bapaku ndak ada....
ahaha, tapi gagar juga ba...bygkn tubuh kecil masa tue.... sekali trajang terpelanting ba... ahahaha ndak juga smpai gitu kezaliman org tuaku....
then, smpai uma, bertapuk kunuk disebalik kereta nie, pelan2x ambil tuala...
buka baju, buka seluar, pakai tuala...trip2x kunuk bru lepas mandi.... 
nah ambik kau sekali... ahaha, masuk2x jak, terus berlari ke jamban....
masuk jamban jak, di situ lah aku di pukul dgn hos krn kenakalan ku....
ahaha berbekas nie, slma 1 mggu aku nda kuar uma, takut nie....
tapi itulah ibondaku syg, sebenrnya, arwah tahu, aku pantang kena hujan....
bila aku kena hujan, msti aku demam, yg susah arwah juga, uhuhu...
sebab itu 1 mggu aku nda kluar uma..... demam... ahahaha.. nakal kan
namun semua itu menjadi satu kenangan manis buatku.....

Aku Terkenangkan.....

Dulu kan, tyme bulan posa, aku berjaya posa full start drjah 2 kah drjah 3
aku pun ndak igt sudah, tyme tue posa aku pagi2x posa, tgh hari buka periuk....
ahahaha, budak2x kan, kalau ndak pun, masuk senyap dlm tndas minum air...
ish2x nakal sgt lah tyme tue..... tapi itu aku dengan perangai budak ku....
tyme posa waktu arwah sihat, arwah selalu buat kuih, menerima tmphn kuih...
paling kurg dpt jg menanggung sedikit keluargaku, dulu bertin2x  kuih 
arwah dpt siapkan, pagi buat, ptg siap rht, kdg2x pas subuh dah bekerja.....
dulu aku kuat menolong.... ehehe tolong arwah.... tolong makan....
tolong tgk.... paling best, tolong TEMAN.... dulu cian arwah, huhu
kdg2x menagis juga aku, bygkn umur ingusan aku masa tue....
yg belum mengerti hidup, menangis tgk arwah aku bekerja keras......
tp nakal2x aku nda jg selalu aku mkn, bila ada kuih nda jadi jak baru aku mkn...
ehehe baik ba aku nie... dan paling manja... jgn hairan... anak bgsu kan.....
tp manja dgn arwah ku dan bapaku....ehehe
dan kengan buat aku nda lupa, tyme sahur.... uhuhu.. sebelum waktu tido...
arwah selalu ajarkan aku satu doa...mgkn dr sudut dalilnya mgkin tiada....
tapi doa ini menigtkan aku sgt dgn dia......
doanya ialah..... " tidurku tidur haji, raba-raba di bantal, tidurku tidur mati, Allah yang menyadarkan" 
..............................................
Seterusnya, waktu buka puasa, nak tahu aku lah paling tamak setamaknya... ehe
np? sebab dulu kengn paling aku x lupa.... tiap2x ptg arwah greng pisg
jadi greng pisg tue kdg2x nda ampit dgn aku, sebb berebut dgn abg2xku, akakku
kdg2x bapa dan arwah x ampit juga, ehehe memg tamak nie...
dulu pisg nie mknn tmbhn selepas nasi, dan air ndak lari mst ada abc.... ehehe
tp semua tue wktu arwah sihat, wktu skit, semuanya hnya tggl kngn....
itulah fvrte aku greng pisang...pi mana2x ndak lari greng pisg....
sebb trsimpannya nostalgia bersamanya....

Dulu aku terkenangkan........

dulu, tyme bouring2x, arwah selalu suruh pergi kedai, kedai tue dkt2 ni jak...
jalan kaki smpailah, dan memg fvrte aku pi membeli.... ehehe
mana ndak dpt upah, ahahaha ish3x.... erm then dulu, arwah suka mkn keropok
yg enta nama apa, tapi isi kelapa dan maruku.... memg fvrte beliau lah tue....
then dulu suka makan aiskrim, yg hrga 20sen, sdp tahu.... dulu siap borong
lagi ni.... memg luculah...satu rumah mkn.... uhuhu aiskrim kcg namanya...
skrg nda pasti ada lagi atau x aiskrim tue...... tapi kedai yg selalu aku p tue
ada lagi...... itulah kengan bersama arwah.....

dulu tyme arwah sakit atau sihat, beliau suka makan buntut ayam, yang bulat2x 
tue... ndak tahu lah sdp atau x, tp memg suka sgt2x..... uhuhu 
smpai aku pun minat jg mkn, byk org ckp x bleh mkn.... tapi ndak tahulah...

sebelum aku balik ke semenanjung hari tue, dpt juga mkn buntut bersamanya....
mgkin itulah hari last buatku utk bersamanya. sepa sgka.... uhu
....................................................................

Banyak lagi yang pingin ku nukilkan.... 
namun mgkn kita akn berjumpa di lain hari....
Al-fatihah buat arwah yang tercinta......




Monday, February 13, 2012

Pengenalan Calon-Calon PMKIAS 2012/2013

Bismillahirrahminirrahim......

Salam semua sahabat-sahabiah yang di kasihi Allah sekalian,
alhamdulilah semalam telah berlangsungnya sesi perkenalan calon bagi wakil2x calon yang akan bertanding...
kalau orang sabah ckp, sesi bertaaruf ba.... jadi pada malam itu telah menampilkan
barisan-barisan bakal2 kepimpinan PMKIAS akan datang....
calon-calon di barisi, Nasaruddin, Zahid ,Hafidz Zawawi, Mifdhal, Tok long, Azri Ripin, abe mat@mohammad dan Abdul Rahman@diri sy sendiri.....semuanya rata-rata hebat2 blako org kelantan ckp, 
inilah buat pertama kalinya PRK Kampus KIAS keterlibatan calon paling mendapat sambutan
setelah PRK Kampus nie diperkenalkan pada zaman pemerintahan ABg Khairul Anam,
yang merupakan presiden PMKIAS 2010/2011...
seramai 7 calon yang akan bertanding bagi kerusi siswa termasuk sy sendiri dan 2 calon bertanding kerusi presiden...daripada 7 itu hanya 4 undian tertinggi akan terpilih dalam majlis syura PMKIAS dan
antara 2 calon itu hanya sorang sahaja akan terpilih dalam kerusi presiden.....

Tempoh Kempen adalah bermulanya selepas pengenalan calon sehingga mgundi....
pengundian akan di buat pada esok hari bersamaan hari rabu....
InsyAllah doa2lah agar bakal yang mengisi barisan pimpinan atasan PMKIAS merupakan
orang yang benar2 layak dan berkebolehan, 
teringat pesan murabbiku, jangan di pilih pemimpin itu atas dasar rupa paras, baiknya dia kepada kita,
mahupun moleknya dari sudut penampilan, tapi wahai sahabat2,
pilihlah pemimpin tue sepertimana rasulullah menegaskan pilihlah pemimpin di kalangan kamu yang
baik ataupun diredhai agamanya...(ilmu agama dan ketakwaannya kepada allah lebih baik)....
seperti mana sabda baginda rasulullah S.A.W:

Sesiapa melantih/mengundi/memilih seorang lelaki/pemimpin ke dalam sesuatu jawatan ke atas mana-mana jama'ah/persatuan/kelab/badan2 NGO, sedangkan ada dalam jama'ah itu orang yang lebih baik daripadanya, maka ia sudah khianat kepada Allah, Rasulnya dan jama'ah orang-orang islam.....

Oleh itu sahabat2 ana yang diredhai Allah sekalian, gunalah akal yang waras untuk menilai
serta memilih antara kami yg bertanding ini agar bukan terpilihnya kami atas sebab populariti sebelum2 nie,
dan bukan terpilihnya kami atas baiknya kami kepada kamu sebelum2 nie, dan bukan terpilihnya kami 
atas baiknya paras rupa yang kami miliki seperti org sabah ckp aku pilih dia sebb dia encem ba...
dan bukanlah terpilihnya kami atas kepandaiaannya kami berkata-kata.....
sesungguhnya pilihlah di kalangan kami yang baik dan diredhainya agama kami oleh Allah S.W.T...
di sini jelas pendirian sy, agar dalam proses mengundi ataupun memilih calon,
antum dan antunna sekalian biar pekso molep, tengok biar luar dalam, supaya bakal
kepimpinan akan datang tidak menjadi fitnah kepada PMKIAS selepas ini....
fikir2kanlah sahabat2 sekalian, tambahan antum dan antunna yang bakal mencorakkan 
kepimpinan PMKIAS akan datang, kerana kunci semuanya terletaknya di tgn antum sekalian.....
ingatlah wahai sahabat2 sekalian, sekiranya amanah yang berat ini telah dipegang oleh bukan ahlinya.....
sudah tentu yang mendapat lebih dosa adalah kita, disebabkan undian kita, maka terangkat dia
menjadi pemimpin, subhanallah, tunggulah akibatnya di akhirat, sepertimana sabda Nabi S.A.W:

Apabila dipersia-siakan amanah maka tunggulah berlakunya qiamat, ditanya bagaimana mempersiakan amanah? Nabi bersabda "Apabila diserahkan urusan (kepimpinan) kepada orang yang bukann ahlinya, maka tunggulah qiamat (hari kemusnahan)

 sahabat2 yang di redhai allah sekalian....
renungkan hadis yang ana bawakan itu, di mana kesannya kita memilih pemimpin yang bukan ahlinya...
mksudnya kita memilih pemimpin yang salah, sudah tentu buruk akibatnya....
bukan sahaja dapat dilihat kesannya di dunia, bahkan balasannya bakal menanti kita
di akhirat kelak.... wallahualam, moga2 kita terhindar daripada semua itu.....

Oleh itu sahabat2 sekalian, di atas kesempatan ini ana ingin menyatakan antara calon2 yg bertnding,
pilihlah, Undilah seperti HAFIDZ ZAWAWI, NASARUDDIN, AZRI BIN RIPIN dan JUGA MOHAMMAD BIN CHE OTHMAN..... mereka2 nielah yang pada penglihatan ana berkebolehan
menerajui kepimpinan PMKIAS yang akan datang...... 

sebelum sy akhiri coretan di dalam blog sy yang tidaklah seberapa ini,
sy akhiri dengan dua rangkap pantun yang pada perkiraan ana, sering kali kita mendengarnya....
oleh itu terimalah dua rangkap pantun daripada ana,

terlajak perahu boleh kita undur semula,
terlajak kita mengundi hoq bukan sepatutnya, buruk akibatnya.....

moga2 dengan sedikit pengisian ataupun sedikit coretan yang tidak seberapa ini,
dapat kita ambil sedikit sebanya sebagai panduan dan rujukan kita bersama,
dan hoq mana silap itu tinggal2 kan dan hoq mana betul itu ambillah sebagai pengajaran bersama....
sy bukan yang terbaik di kalangan kamu, namun sy akan berusaha untuk lakukan yang terbaik....
sy bukan yang terpandai di kalangan kamu, namun sy akan cuba menjadi pandai...

akhirukalam mohon maaf silap dan salah sepanjang penulisan sy ini sekiranya ada yang terkasar
 bahasa menyebabkan ada yang tidak senang gaya penulisan saya ini....
wal kuli hal, segala yang baik itu datangnya/diilhamkan oleh Allah S.W.T,
dan yang buruk itu datangnya daripada diri sy sendiri.....
namun hakikatnya, kedua-duanya itu datangnya daripada Allah S.W.T tanpa kita sedari.....
Moga2 kita berjumpa lagi di kalam seterusnya.....

Wallahualam, sayunara, illal liqo' jumpa lagi.... ^_^

Wednesday, February 8, 2012

Permulaan Menjadi Seorang Pemidato

Assalamualaikum w.b.t..
erm rasa nak share cerita malam nie...
erm malam nie telah berlangsungnya Pidato Mahasiswa di Dewan Tok Kenali...
nie lah penampilan pertama saya dalam menjadi seorang pemidato....
Lebih2 lagi membawa isu AUKU.... 
Isu yang penuh dengan kontroversi.... Panelis malam nie hebat2x....
dan saya dan sahabat saya Azri Ripin jak rasanya yg boleh 'kiro' r org kelantan ckp....
Namun alhamdulilah, dapat juga melepasi melaksanakan permintaan sahabat2....
untuk membuat yang terbaik......
mgkin hanya Allah sahaja tahu, perasaan berada di atas pentas tadi.....
namun tahniah ucapkan buat calon2 pmkias atas persembahan yang di tunjukkan tadi....
buat abe apih, tok long, zaffuan dan jeri... tahniah.....
Selamat Bertanding ana ucapkan, x lupa buat a.din kito hoq jadi pngerusi umum tadi....
sempat juga jadi panelis hok ngelaz2.... ehehe NICE!
 apapun nielah permulaan bagiku untuk memperbaiki diriku...
Teringat kata2 dari seorang sahabat abg senior ku, abg najmuddin, kita bila dah jadi pemimpin,
harus ada sikap ingin sentiasa merubah diri....perbaiki diri... dari yang x baik kpd baik....
InsyAllah akan ku genggam erat nasihatmu a.din.....

Buat a.apih syukran juga kerana bagi semangat dan idea pandang yang mantop untu sy td....
dan syukran buat shbt2x yang hadir semasa sesi pemidato tadi....
sy bukanlah yang terbaik antara semua tadi.... di sebalik rupa paras, pakaian yang sy pakai....
x semestinya sy yg terbaik....... x semestinya sy berada di pentas sy yg baik....
bimbinglah sy shbt2x.... sy memerlukan kamu semua.......
tegur lah sy... agar dpt membina diri nie drpd teguran2 y di berikan....
insyAllah...

Sebenarnya teringat kata2 salah seorang murabbi,
pilihlah pemimpin di kalangan kamu yang di redhai agamanya.... maksudnya tinggi nilai agamanya....
takut2 apabila memilih seseorg tue, padahala ada yg lebih baik drpd org y dipilih boleh jadi fitnah....
subhanAllah, adakah sy nie benar2 layak untuk memegang tampuk pimpinan Syura PMKIAS akan dtg?
jujur rasa rendah diri nya, tmbhn byk lagi org yg berkebolhan... sy kalau kerja belakang tabir....
sapu2 smpah, bersihkan pinggan, insyAllah memg fvrte...tolong2 shbt...ya memg itu sy punya bidang
tapi bila memerintah, memberi arahan, ckp pun masih gagap lagi, pandai blur3x...
uhuhu.. sedihnya... layakkah?? uhuhu xtahu lah..... 
teringat kata sahabat2x kalau Allah nak kita berada di jalan perjuangan nie, insyAllah akan beri...
tapi kalau Allah x beri kita berada di jalan perjuangan nie..... apa boleh buat, 
mgkin akan beri dari sudut yg lain.... jadi sy x rasa sy akan menang dalam PRK....
namun demikian sy doakan agar2 shbt2x sy memenangi semasa PRK nanti....
Undilah mereka ya..... sebab nilailah seseorg drpd sifat dalaman dan gerak kerjanya sebelum nie....

Last dr luahan isi hati nie, jujur diri nie masih byk lagi kelemahan....
namun sy tahu semua shbt akuinya, namun mereka tidak menyatakan pada sy...
malah memberi kan kata2 semangat kepada sy.....
teringat kata2 seorang sahabat rapat.... awak nie baru kena uji sikit dah menyerah....
Ya Allah, sikap apa kah ini..... uhu :-(

Rahman, dalam berkata2 fikir2kan, dalam langkah perbuatan mu, hati2lah.... dan dalam berfikir, kreatislah....  insyAllah kamu akan berjaya... InsyAllah...
menang @ kalah sy x kisah... yang penting sy dapat tolong shbt2 semuanya......sy dpt bekerja dan istiqamah dlm perjuangan bersama2 shbt semuanya.....itu yg sy nak.... insyAllah
semoga kekalkanlah sy bersama kalian dalam perjuangan..... Allah Makbulkanlah permintaanku...
Amin rabbal alamin.....

Wallahualam... 
Sekadar luahan dari hati pena sanubari......