My Blog List

Kenalilah Diriku

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN MIKUM.....

Assalamualaikum w.b.t

Kepada Pembaca Sekalian, Syukran Jazilan/Thank you, xie xie, kerana luangkan masa untuk datang ziarah ke blog ana yang tidak seberapa ini, Sesungguhnya ana masih baru dalam keduniaan blogger ini. Oleh itu, dialu-alukan kepada pengunjung yang ana hormati sekalian tinggalkanlah sebarang pesanan dan teguran sekirannya ada, untuk ana membuat penambahbaikan kepada blog ana ini. Untuk Makluman pengunjung yang ana hormati sekalian, ana bukanlah insan yang pandai sangat dalam bidang IT dan dalam penulisan, namun minat untuk menulis tue ada dan sangat mendalam, tetapi ana sangat lemah dalam cara untuk menyusun serta mengindahkan ayat....InsyAllah dengan berkat keingginan yang kuat, ana akan usaha sedikit demi sedikit untuk menambah baikan dalam penulisan ana....InsyAllah moga-moga doakan ana untuk terus istiqamah.....Mohon doanya dari pengunjung sekalian.

Sebenarnya keingginan untuk memiliki blog sendiri ini telah lama ana impikan, namun atas dasar kejahilan dalam bidang it dan komputer menghalang ana untuk memiliki blog sendiri, tambahan pula, masalah kemudahan internet yang lambat dan sukar untuk didapati menutup pintu hati ana untuk memiliki blog....Kalau dahulu ana sering melawat blog-blog yang begitu tersusun rapi penulisannya, begitu indah ubah suaian blognya, sehingga menarik minat ramai pembaca.... Terdetik juga di hati ana, Bolehkah ana mempunyai blog seperti itu?? Bukan untuk Glamour, namun untuk mempunyai penulisan yang rapi dan tersusun dan apabila kita membacanya bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada diri tetapi juga kepada orang lain....Namun ana belum sampai tahap itu lagi.... mungkin belum sampai waktunya lagi..... Doa-doakan ana akan menjadi salah satu daripada penulisan-penulisan blog yang di mana penulisannya tersusun, kemas, rapi dan dapat memberikan manfaat kepada orang lain......InsyAllah....

Akhirnya, alhamdulilah, pada awal tahun 2010 ana telah berjaya membuat account untuk membuat blog, Namun mungkin masa itu ana hanya tahu mebuat account, tetapi ana belum tahu untuk menggunakan Blog, tetapi syukur hidayah dan petunjuk Allah itu tidak mengira siapa, dan Alhamdulilah, pada awal April 2011 satu catatan tercoret di dalam blog ana, Even itu bukan tulisan daripada diri ana, namun alhamdulilah itulah titik permulaan ana menjinakkan dalam dunia blog sehinggalah kini...... Alhamdulilah syukur ana panjatkan kepada ilahi...moga-moga usaha ana bukan setakat di sini......

Dan di sini ana masih belajar dan terus belajar, dan sekarang belum lagi berjumpa dengan mana-mana insan yang sudi untuk mengajar diri ana agar menjadi penulis yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain....Namun sahabat ana pernah berkata, kalau nak tahu tulisan kita itu memberikan manfaat kepada orang lain, Ikhlaskan niat semasa menulis dan jangan menulis kerana ingin menunjuk-nunjuk tapi niatkan kerana Allah....InsyAllah Allah akan membuat penulisan kita bermanfaat kepada orang lain, bila tulisan itu bermanfaat kepada diri kita, insyAllah ianya akan bermanfaat kepada orang lain.... InsyAllah....

Di atas tadi adalah merupakan sedikit kisah perjalananku dalam usaha mempergiatkan dalam dunia blog...Doa-doakan agar kegiatanku ini tidak sekadar melepaskan batuk di tangga..... Moga Berterusan sehinggalah nyawa tidak lagi dikandung badan......Aminnn

Oklah seterusnya ana akan memperkenalkan Sedikit sebanyak mengenai diri ana....

  1. Ana seorang lelaki yang dilahirkan dalam keluarga yang sedang-sedang.... 
  2. mempunyai 12 orang adik-beradik, namun mungkin Allah lebih menyayangi abang-abangku dan kakak ku, jadi tinggallah kami 9 orang adik beradik....
  3. ana merupakan anak yang bongsu dan ana mempunyai 5 orang abang dan 3 orang kak, dan Alhamdulilah semuanya dah berumah tangga tinggal abang ana yang atas ana sedang melanjutkan pelajaran di UMS Sabah... Begitu juga dengan diri ana....but not avaiable..
Wallahualam setakat itu sahaja sedikit sebanyak latar belakang diri ana.... Apapun ana mengucapkan Syukran Jazilan Atas Kunjungan Dari semua sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ana yang tidak seberapa ini......Syukran Juga Kepada Sesiapa yang meninggalkan komen dan juga Syukran Juga Kepada siapa yang turut join sebagai FOLLOWER ana, sesungguhnya kamu semua adalah pendokong diri ana........


Akhir kata, ana memohon kemaafan sekiranya entry-entry nie kurang menarik pembacaan pengunjung semuannya.....

Mohon bagi teguran, nasihat daripada pengunjung semuanya...