My Blog List

Sunday, March 18, 2012

“Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?”

Bismillahirahmanirahim....


Assalamualaikum.... alhamdulilah, aku terjumpa sebuah cerpen yang mungkin berguna buat sahabat2x di luar sana juga sahabat muslimah agar mereka tahu bahawa perkahwinan adalah satu perjuangan.... mudah2han di kurniakan kepadaku seorang muslimah yang sudi di madukan.....

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.
“Tak. Maksud saya…”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
Perjuangan!!” jawab Fikri.

——————————————

Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu… 
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan!!!

Thursday, March 15, 2012

Sebuah Episod Bersama Arwah Bonda Tersayang

Hari ini genap 3 bulan sudah arwah meninggalkan diriku...

Aku Terkenangkan.....

Dulu....Aku pernah di rotan oleh arwah oleh sebab kenakalan ku....
mana ndaknya, dah di bilang jgn keluar pi taman ptg tue...
sbb hujan tyme tue... ndak jg ba lebat hujan tue.... sikit2x jak....
renyai2x jak...tapi kdg2x lebat.... aku panggil hujan lari... bukan hujan tue berlari
tapi dia kejap ada, kejap ndak ada.... tue sbb aku ckp hujan lari...
jadi nak di jadikan crita ptg tue.... memg wktu fvrite ba asal jam 3 ptg...
memg aku hilang sudah tue, hehehe, lumrah budak2x ba kan....
jadi tyme jam 3 tue lum lagi hujan, tp awan dia bikin takut nie... gelap nie
tp ku gagahkan juga kaki ku, azam yg tekad pi juga keluar scra snyap2x....
tmbh2x lagi tyme tue kami2 and geng2x budak taman main bola....
ba sepa yg ndak minat main bole tyme hujan... fuhhh pglman.....
xsgka main punya main kan.... jam 6 nie... tyme tue masih igt mgrib jam 6.05
baygkan 5 minit lagi mahu mgrb... mujur tyme tue bapaku ndak ada....
ahaha, tapi gagar juga ba...bygkn tubuh kecil masa tue.... sekali trajang terpelanting ba... ahahaha ndak juga smpai gitu kezaliman org tuaku....
then, smpai uma, bertapuk kunuk disebalik kereta nie, pelan2x ambil tuala...
buka baju, buka seluar, pakai tuala...trip2x kunuk bru lepas mandi.... 
nah ambik kau sekali... ahaha, masuk2x jak, terus berlari ke jamban....
masuk jamban jak, di situ lah aku di pukul dgn hos krn kenakalan ku....
ahaha berbekas nie, slma 1 mggu aku nda kuar uma, takut nie....
tapi itulah ibondaku syg, sebenrnya, arwah tahu, aku pantang kena hujan....
bila aku kena hujan, msti aku demam, yg susah arwah juga, uhuhu...
sebab itu 1 mggu aku nda kluar uma..... demam... ahahaha.. nakal kan
namun semua itu menjadi satu kenangan manis buatku.....

Aku Terkenangkan.....

Dulu kan, tyme bulan posa, aku berjaya posa full start drjah 2 kah drjah 3
aku pun ndak igt sudah, tyme tue posa aku pagi2x posa, tgh hari buka periuk....
ahahaha, budak2x kan, kalau ndak pun, masuk senyap dlm tndas minum air...
ish2x nakal sgt lah tyme tue..... tapi itu aku dengan perangai budak ku....
tyme posa waktu arwah sihat, arwah selalu buat kuih, menerima tmphn kuih...
paling kurg dpt jg menanggung sedikit keluargaku, dulu bertin2x  kuih 
arwah dpt siapkan, pagi buat, ptg siap rht, kdg2x pas subuh dah bekerja.....
dulu aku kuat menolong.... ehehe tolong arwah.... tolong makan....
tolong tgk.... paling best, tolong TEMAN.... dulu cian arwah, huhu
kdg2x menagis juga aku, bygkn umur ingusan aku masa tue....
yg belum mengerti hidup, menangis tgk arwah aku bekerja keras......
tp nakal2x aku nda jg selalu aku mkn, bila ada kuih nda jadi jak baru aku mkn...
ehehe baik ba aku nie... dan paling manja... jgn hairan... anak bgsu kan.....
tp manja dgn arwah ku dan bapaku....ehehe
dan kengan buat aku nda lupa, tyme sahur.... uhuhu.. sebelum waktu tido...
arwah selalu ajarkan aku satu doa...mgkn dr sudut dalilnya mgkin tiada....
tapi doa ini menigtkan aku sgt dgn dia......
doanya ialah..... " tidurku tidur haji, raba-raba di bantal, tidurku tidur mati, Allah yang menyadarkan" 
..............................................
Seterusnya, waktu buka puasa, nak tahu aku lah paling tamak setamaknya... ehe
np? sebab dulu kengn paling aku x lupa.... tiap2x ptg arwah greng pisg
jadi greng pisg tue kdg2x nda ampit dgn aku, sebb berebut dgn abg2xku, akakku
kdg2x bapa dan arwah x ampit juga, ehehe memg tamak nie...
dulu pisg nie mknn tmbhn selepas nasi, dan air ndak lari mst ada abc.... ehehe
tp semua tue wktu arwah sihat, wktu skit, semuanya hnya tggl kngn....
itulah fvrte aku greng pisang...pi mana2x ndak lari greng pisg....
sebb trsimpannya nostalgia bersamanya....

Dulu aku terkenangkan........

dulu, tyme bouring2x, arwah selalu suruh pergi kedai, kedai tue dkt2 ni jak...
jalan kaki smpailah, dan memg fvrte aku pi membeli.... ehehe
mana ndak dpt upah, ahahaha ish3x.... erm then dulu, arwah suka mkn keropok
yg enta nama apa, tapi isi kelapa dan maruku.... memg fvrte beliau lah tue....
then dulu suka makan aiskrim, yg hrga 20sen, sdp tahu.... dulu siap borong
lagi ni.... memg luculah...satu rumah mkn.... uhuhu aiskrim kcg namanya...
skrg nda pasti ada lagi atau x aiskrim tue...... tapi kedai yg selalu aku p tue
ada lagi...... itulah kengan bersama arwah.....

dulu tyme arwah sakit atau sihat, beliau suka makan buntut ayam, yang bulat2x 
tue... ndak tahu lah sdp atau x, tp memg suka sgt2x..... uhuhu 
smpai aku pun minat jg mkn, byk org ckp x bleh mkn.... tapi ndak tahulah...

sebelum aku balik ke semenanjung hari tue, dpt juga mkn buntut bersamanya....
mgkin itulah hari last buatku utk bersamanya. sepa sgka.... uhu
....................................................................

Banyak lagi yang pingin ku nukilkan.... 
namun mgkn kita akn berjumpa di lain hari....
Al-fatihah buat arwah yang tercinta......