My Blog List

Saturday, November 5, 2011

Bufday Anak Buah Paling Tembam....^_^

Assalamualaikum.....

Hari ini tarikh yang bersejarah buat Anak Buah Yang terchenta.....

Che Mohamad Aiman Bin Che Salleh.....

Jom Tengok Video Dia Tiup Lilin.....ehehe 6_____^


Ehehe....Excited bha tue...tue lah di tiup-tiup nda  pandai padam......

Nah dengan itu genap lah sudah umur c Aiman 3 tahun....

Selamat Ulang Tahun Aiman.....ehehehe

Inilah Kek C Aiman Terchenta....Peh!!! Sedap....

Adik Aiman X sabar tue mau putung kek.....sabar2 dik....ehehehe Meh Pak Su tolong....


C aiman ckp....Wooh....woooH.... cadap....cadap...ehehehe


Yea...Yea....Jom2x Dengan Aiman tiup lilin...ehehe.....

Akhirnya.....

Makan-makanlah bermula......

Alhamdulilah....even dalam islam tidak menggalakkan untuk menyambut bufday....

Namun permasalahan nie merupakan permasalahan Bidah....Dan Menyambut bufday nie....

Di Kalngan Bid'ah Hasanah...Rasanya Tiada yang Melanggar Undang-Undang.....Ataupun lebih Tepat 

Syariat Islamiyah......

WAllahualam......

Moga Aiman Cepat Besar ea......




Teka-teki Imam Ghazali rah.a

Di Bawah Ini Hanyalah Sekadar Satu Perkongsian Ilmu Untuk semua.......

......................................................*********.....................................................

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?



Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”



Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.



Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”




Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”




IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “




Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”




Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”




Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “




Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “




Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Sebaik-baik manusia ialah apabila di beri nasihat di mendengar dan menerimanya dengan hati yang terbuka........

Sekadar peringatan untuk diri ini dan juga sahabat semuanya

Friday, November 4, 2011

AuRA MARSIS DI PANTAI TIMUR DAN USAHA KE ARAH PENUBUHANNYA...

Assalamualaikum kepada sahabat semuanya....Alhamdulilah di berikan kelapangan masa untuk ana memberikan sedikit perkongsian kepada semua pembaca-pembaca entri...Mungkin sahaja apa yang di sampaikan ini tidak menarik minat pembaca sekalian, namun ini hanyalah sekadar satu coretan di masa lapang.....Orang Kata apa yang baik kita jadikan nya amalan dan apa Yang tak baik Itu Kita Jadikan nya Sempadan......Wa Allahualam......

.........................................*********...................................................................

Alhamdulilah Pada Bulan September Baru-baru ini, Pimpinan Marsis Pusat Terdiri Daripada Timbalannya iaitu Sis Ros Dan Exco Bahagian Perhubungan kah xcylap telah turun padang ke Negeri Serambi Mekah Ini dalam usaha untuk memperkenalkan MARSIS itu sendiri kepada Seluruh Mahasiswa/wi Sabah Yang Ada di negeri kelantan ini...Dan ana menyambut kedatangan mereka dengan tangan yang terbuka.....Dan Pihak Kami KIAS sangat berbesar hati apabila Pihak Marsis Pusat Menjadikan Kami sebagai guideline mereka untuk bertemu dengan wakil-wakil di setiap IPT yang ada di sini......

Alhamdulilah ketibaan rombongan MARSIS selamata tiba di bumi kelantan pada pagi SABTU....dan mereka telah mengadakan program discussion with promotion di KIAS for the 1st Journey mereka di sini....Tapi Maklumlah pelajar Sabah di KIAS xlah ramai Sangat....Sikit jak bha....andu bha boleh nie di kira dengan tangan...Tapi Jangan dipandang sebelah mata mahasiswa/wi asal daripada Sabah kerana Alhamdulilah hampir semuanya menunjukkan prestasi yang baik.......

PeLbagai agenda telah dibentangkan kepada kami dan pelbagai discussion telah di bincangkan....dan Antara agenda yang kami rasakan patut dilaksanakan ialah Penubuhan Cawangan Marsis Pantai Timur yang dikelola oleh Mahasiswa/wi di pantai Timur itu sendiri...Hal ini Disebabkan Jadual yang tidak sama dengan Program-program MARSIS pusat menyebabkan wakil-wakil dari pantai timur sukar untuk menghantar wakil dan turut serta dalam program yang di anjurkan oleh MARSIS PUSAT....Akhirnya perbincangan itu gantung begitu sahaja di sebabkan memerlukan perbincangan yang rapi untuk melaksanakannya.....

Seterusnya Kembara wakil Marsis Pusat diteruskan lagi dengan pertemuan dua mata dengan wakil KIST, USM dan akhir sekali UMK.....kami tidak dapat pergi ke UITM seperti yang di rancangkan di sebabkan mahasiswa/wi UITM dalam fikrah exam....Ini jugalah merupakan pertemuan dua mata antara Ahli-ahli marsis KIAS dengan ahli Marsis yang lain.....Jauh di sudut hati berbicara, mungkin inilah langkah pertama ke arah penyatuan semua mahasiswa/wi sabah di kelantan......Insyallah.....

Sepanjang perbincangan antara ipta/ipts yang kami temui, semuanya menyatakan masalah yang kami alami iaitu jadual yang tidak sama dengan program yang di anjurkan MARSIS PUSAT menyebabkan kesukaran bagi ahli MARSIS di Kelantan khususnya sukra untuk mengikutinya kerana terikat dengan jadual kuliyah yang padat dan peraturan-peraturan KOLEJ serta UNIVERSITI yang terlalu ketat.....Akhirnya satu resolusi di ambil berdasarkan Program Jaulah tersebut....Resolusi adalah untuk memastikan agar ikatan antara IPTA/IPTS di seluruh kelantan nie dapat dijalinkan khusus untuk Mahasiswa Sabah.....Maka tercetuslah idea untuk menubuhkan Marsis Cawangan Pantai Timur....dan bermulah Aura Marsis di bumi Serambi Mekah Tersebut.....

Walaupun MARSIS ini sering kali di dengari oleh mahasiswa/wi sabah di kelantan, namun tidak ramai yang mengetahui apa kah fungsinya group ini kepada mereka, dan apakah keperluan bagi mereka untuk mengikuti program ini....Semuanya menjadi satu tanda tanya kepada mereka....Maka Inilah salah satu sebabnya patut diwujudkan Marsis Cawangan Pantai Timur bagi menjawab semua persoalan-persoalan tersebut serta memberikan penerangan kepada mereka mengenai Apa Itu MARSIS sebenarnya dan kenapa mereka mesti mengikutinya..... Selain itu, dengan penubuhan MARSIS Cawangan Pantai timur juga dapat mengurangkan bebanan kepada Pimpinan Marsis Pusat..Ini kerana mereka tidak lagi perlu turun sekerap mungkin untuk melihat-lihat keadaan ahli Marsis di Cawangan Pantai Timur ini.....Selai itu, Penubuhan Group FB Marsis Cawangan Pantai Timur juga Membantu kepada pimpinan Marsis pusat untuk memantau  keadaan marsis Cawangan pantai timur yang kian membesar dang mengembang di bumi serambi Mekah ini....

MARSIS pusat juga boleh menumpukan kepada program di peringkat pusat serta menyelaraskan program-program di peringkat pusat...InsyAllah moga-moga cetusan idea ini dapat di realisasikan Untuk sama-sama membantu Mahasiswa Sabah Khususnya sepanjang berada di perantauan......

Gelombang Marsis kian lagi terasa dengan Aktiviti Pertama Bagi Marsis Cawangan Pantai Timur iaitu LAMBAN.....program ini atas perbincangan antara KIST, KIAS dan Mantan-Mantan KIST yang merupakan ahli marsis.....Mungkin Aktiviti ini kali kedua bagi Mahasiswa/wi KIST....Namun ini Merupakan Yang pertama Bagi Marsis Cawangan Pantai Timur dalam mengorganisasikan Aktiviti Yang Besar....alhamdulilah sesungguhnya kami tidak bersendirian....kami turut di bantu oleh pimpinan ajli marsis pusat yang lain....dan Alhamdulilah penyertaan nya sungguh memberangsangkan.....Semoga ini merupaka satu titik tolak dalam penubuhan MPT....InsyAllah......

Namun kesedihan bagi ana sebab tidak dapat bersama mereka di Kelantan disebabkan Musyakah yang di alami menyebabkan ana terpaksa pulang ke Bumi di Bawah bayu ini untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi......Doa ana kepada semua agar Gelombang MPT ini dapat dirasai dan direalisasikan.....






WaAllahualam......



Wednesday, November 2, 2011

PRU 13 -Pakatan Rakyat Di Tipu

MACAM INI SAMPAI KIAMAT AKAN KALAH





nota:
100 tahun bukan bermakna
rakyat sabah sehat dan gagah
ini hanya nama untuk pengundi
hantu dari indon dan filipina








HAMPIR 4,000 PENGUNDI BERUSIA LEBIH 100 TAHUN DI SABAH – keadilan daily


SABAH: KEADILAN Sabah mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi tarikh akhir mengenai pengesahan status pengundi melebihi 100 tahun di negeri itu.

Ini kerana kata Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Dr Roland Chia Ming Shen, wujud pertambahan pengundi berkenaan di negeri itu yang mencecah hampir 4,000 pengundi.
“Sebagai contoh, pengundi melebihi 100 tahun semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi tahun lalu hanya 156 orang.

“Namun, penemuan KEADILAN yang terbaru mendapati jumlahnya melonjak 170 pengundi,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada PRK Batu Sapi 2010, KEADILAN tewas dalam saingan tiga penjuru berdepan BN dan Parti Maju Sabah (SAPP) dengan majoriti 6,359.

Menurut Roland, peningkatan pengundi melebihi 100 tahun itu dibimbangi merupakan ‘pengundi hantu’ yang kerap menjadi ‘simpanan tetap BN’ dalam pilihan raya.

Selain itu, katanya terdapat tujuh lagi Parlimen yang memiliki pengundi melebihi 100 tahun iaitu Parlimen Sandakan seramai 198 orang, Tuaran (203), Semporna (221), Silam (224), Kota Kinabalu (231), Kudat (246) dan Tawau (264).

“Manakala 18 Parlimen lain turut memiliki pengundi melebihi 100 tahun berjumlah 2,124 orang,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...PATUTKAH GDEROMBOLAN MENANG DI SABAH.... kah kah kah...

kah kah kah...ADA PENGUNDI PILIPINA....kah kah kah...

kah kah kah...ADA PENGUNDI INDON...kah kah kah...

kah kah kah...YANG INI PENGUNDI HANTU....kah kah kah...


NOTA:
kalau macam ini
sampai hari kiamat
pakatan rakyat tidak akan menang

Senarai Ahli Parlimen Sabah

[sunting]Sabah

Barisan Nasional 24 | Parti Tindakan Demokratik 1 | Parti KeADILan Rakyat 0 | Parti Islam Se-Malaysia 0 | SAPP/Bebas 2
No.Kawasan ParlimenMenjadi Wakil Rakyat (Ahli Parlimen)Mewakili Parti
P167KudatAbd Rahim BakriBarisan Nasional BN
P168Kota MaruduMaximus OngkiliBarisan Nasional BN
P169Kota BeludAbdul Rahman DahlanBarisan Nasional BN
P170TuaranMojilip Bumburing @ WilfredBarisan Nasional BN
P171SepanggarEnchin Majimbun @ EricSAPP SAPP[10]
P172Kota KinabaluHiew King CheuParti Tindakan Demokratik DAP
P173PutatanMakin @ Marcus MojigohBarisan Nasional BN
P174PenampangBernard Giluk DompokBarisan Nasional BN
P175PaparRosnah Abd Rashid ShirlinBarisan Nasional BN
P176KimanisAnifah Aman @ Haniff AmmanBarisan Nasional BN
P177BeaufortLajim UkinBarisan Nasional BN
P178SipitangSapawi Amat Wasali @ AhmadBarisan Nasional BN
P179RanauSiringan Gubat @ AlianceBarisan Nasional BN
P180KeningauJoseph Pairin KitinganBarisan Nasional BN
P181TenomRaime UnggiBarisan Nasional BN
P182PensianganJoseph KurupBarisan Nasional BN
P183BeluranRonald KiandeeBarisan Nasional BN
P184LibaranJuslie AjirolBarisan Nasional BN
P185Batu SapiEdmund Chong Ket Wah[11]Barisan Nasional BN
P186SandakanLiew Vui KeongBarisan Nasional BN
P187KinabatanganBung Moktar RadinBarisan Nasional BN
P188SilamSalleh KalbiBarisan Nasional BN
P189SempornaMohd Shafie ApdalBarisan Nasional BN
P190TawauChua Soon BuiSAPP SAPP[10]
P191KalabakanAbdul Ghapur SallehBarisan Nasional BN