My Blog List

Sunday, November 27, 2011

3.00 pagi waktu keramat kehilangan HP

Assalamualaikum.....

waahh tiada pa mahu catat...cuma nak rekodkan di sini hp ku hilang.......

Thursday, November 17, 2011

Ma'thurat...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...


Pernahkah sahabat2 semua dengar tentang AL-MATHURAT?? Bagi sahabat2 yg mengetahui apakah Al-Mathurat, allhamdulillah...Bagi yang kurang arif tentangnya, ia tidak mengapa...^_^Mudah2an kita sama2 mendapat manfaat dari apa yang bakal ana sampaikan ini. Jangan kalian merasa rendah diri, malah kita harus rasa bersyukur kerana masih di beri peluang untuk menimba ilmu2 yg kita kurang arif...Ana juga manusia biasa, yang sering lalai dan leka...

Al-Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW. Ia dikumpul dan disusun oleh al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Wirid, doa, zikir dan istighfar di dalam Al-Ma’thurat ini jika dibaca secara konsisten dan istiqamah akan memantapkan jiwa dan dapat mendidik hati agar sentiasa merindui Allah SWT di samping akan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani. Orang yang mengamalkan zikir Al-Ma’thurat ini akan merasakan perbezaan dari hari-hari lain yang tidak dimulakan dengannya. Begitulah antara kekuatan doa dan wirid di dalam Al-Ma’thurat ini.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.




Kelebihan membaca Al Mathurat:

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Mudah2an kita semua dapat mengamalkan Al-Mathurat setiap selepas solat subuh dan selepas Solat asar setiap hari...Ambillah masa untuk kita mengisi kekosongan rohani dengan zikir ini...Bagi kawan2 yang masih tidak mempunyai al-mathurat, blh dptkan di kedai buku dgn harga RM3...Moga istiqamah dengan amalan yang sedikit tetapi ia berterusan, insyaallah...Wasalam^_^






Wednesday, November 16, 2011

Tarbiyah Di Sebalik Game Angry Birds

Angry Birds

salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal semuanya suka bermain game ini
tidakkah anda pernah tertanya-tanya?

Kenapa?

Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka
sedar x kita...
jawapannya sebab....

Angry Birds....dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorbanmenyerahka n jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan
mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiritapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?

yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
yang putih pula?
sanggup mengorbankan anaknya!
itu bukanlah satu pengorbanan yang senangmenghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihadsegala- galanya untuk mencapai satu matlamat
menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya. .. terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."
(At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuhburung- burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan
malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseoranganmaka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaahuntuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?
tidak
diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbezasetiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbezajadi diorang susunsape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu

kenapa?
sebab Saidina Ali mengatakan
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)
bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?diorang susun dengan menilaibagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itumaka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya

yang reti potong kayu pergi serang kayu
yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu

dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) merekauntuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-bezabagaima nakah kita ingin menyusun strategiuntuk mencapai ustaziyatul alam

eh silap
untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat

5) Taat

dan sebagai qiyadahperkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuangadalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atasdan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kananpasti tidak ada orang yang nak maindan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh  jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas

6) Ukhuwah

lastlykena fahambahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuatitulah teras dan tunjang utama kekuatan diorangmereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya  mereka merasai penderitaan saudara-saudara merekakerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara  seperti mana kita umat Islam bersaudara
jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya   dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang nampak di dunia
dan juga musuh yang tidak nampak
yang menarik kita ke api neraka

kenapa?
sebab kita menyayangi saudara kitasesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang
kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam  tidak akan wujud game Angry Birds  jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka

 begitu juga tidak akan wujud gerakan Islammalahan mustahil akan menang gerakan Islam  jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"(An-Nasr 110:1-3)

sedarlah
pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam  dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna

semua yang korang baca tadi
adalah pengajaran daripada Angry Birds

tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat

iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernihkita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza
dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...
"Ukhuwah Teras Kegemilangan"


Huhuhu,,,
Uhhhhuuuuu!!!! BombB!!!

PAS Sabah tuntut aktivis Islam dibebaskan

KUALA LUMPUR, 16 Nov: PAS Sabah menuntut supaya semua tahanan aktivis Islam di Tawau dibebaskan serta merta tanpa syarat.
Pesuruhjayanya, Mohd Aminuddin Aling berkata, masyarakat seluruh Tawau gempar dengan berita penangkapan 10 pendakwah dan aktivis Islam di daerah itu pada hari Isnin, 14 November lepas.
“PAS Sabah mohon supaya pihak polis mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar supaya berita ini tidak disalah tafsir dan akan menimbulkan pelbagai sangkaan buruk terhadap setiap orang yang ditangkap,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman Omar.
Meenurutnya, keluarga atau waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA).
Katanya, penangkapan tanpa waran, tanpa notis atau dimaklumkan dilakukan di hadapan isteri dan anak-anak terlalu tragis.
Beliau menambah, situasi itu dilakukan oleh pihak polis yang lengkap bersenjata dengan cara yang kasar bagai satu rompakan dan dirampas beberapa komputer riba (laptop) dan sejumlah wang tunai.
“Baru sahaja Perdana Menteri menghebahkan dengan gahnya bahawa ISA akan dimansuhkan kini kelegaan rakyat dikejutkan dengan tangkapan ISA.
“Di manakah kesungguhan Perdana Menteri?
“Jujurkah beliau semasa membuat kenyataan pamansuhan ISA?” tanya beliau
Kini, katanya ISA yang ‘draconian’ (mengerikan) itu menjelma kembali.
Menurutnya lagi, antara yang ditangkap adalah pendakwah yang disegani di seluruh Tawau.
“Apakah tangkapan ini menunjukkan sikap ‘bengis’ kerajaan Umno BN terhadap kerja-kerja Islam?” soalnya lagi.
Menurutnya, masyarakat yang sakit moral kini sangat memerlukan pendakwah, jadi kenapa mereka ditangkap.
Anehnya, kata beliau pembawa punca keruntuhan akhlak dan moral dibiar berleluasa tanpa tindakan yang proaktif.
“PAS Sabah sangat dukacita dan kesal terhadap tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan yang akan menyebabkan porak-poranda kepada seluruh keluarga orang-orang yang ditahan dan sekali gus memberi kesan atau impak yang negatif terhadap masa hadapan anak-anak mereka,” ujarnya.

P/s: Bila Baca Statement terkilan sampai begitu rakusnya pihak polis menagkpa golongan pendakwa yang menyampaikan islam.....seolah-olah golongan ini di buat seperti anjing..... langsung tiada peri kemanusiaan golongan tersebut di perbuat begitu....
even golongan ini bersalah, janganlah berbuat demikian, sedangkan nabi pun tidak berbuat demikian kepada kaum musrikin semasa pemerintahan baginda.....
Wallahualam....

Tuesday, November 15, 2011

Terkilan + Sedih

Assalamualaikum w.b.t.

Terkilan dengan pendapat seorang sahabat mahasiswa asal daripada sabah....dia cakap 

"untuk pa kita mahasiswa ikut politik nie?? pa gunanya?? ada hasil kah juga?? bukannya 


dapat duit pun?? lagi pun ada hasil kah mahu 


lawan kerajaan nie?? sedangkan di kampus pun ndak terurus nie kan lagi mahu urus orang 


lain....... Bagus ndak payahlah masuk campur 


urusan kerajaan....biarlah dowg buat kerja dowg kita buat kerja kita o.k..... bagus lagi ko fikir


 sekrang siapkan assgment yang berlambak



 tue daripada kau fikirkan masalah-masalah nie....pa juga kita boleh buat?? kita mahasiswa 


bukan nya sepa2...... "



cukup kesal dengan pendirian yang dia luahkan, kalau inilah hasil produk universiti, alamat 


ndak tahulah sampai bila negeri sabah 


khususnya akan maju.....apabila masih ada lagi mahasiswa yang mempunyai pemikiran 


sebegini, sedarkah kita pada zaman rasulullah 


penggerak dan pembantu rasul ialah kaum muda....faham kah kita maksud kaum muda??


 cukup sedih....sangat-sangat sedih.....




kepada semua mahasiswa apa kah pendapat anda semua???



adakah kita harus menjadi mahasiswa yang mempunyai pemikiran seperti ini seolah-olah 


seperti katak di bawah tempurung??




ataupun seperti pak turut....ikut jak pa yang di cakap.....








apa guna perjuangan mahasiswa mempertahankan Akta AUku??




kalau mahasiswa sendiri tidak tahu peranan mereka.....ketahuilah kita






mahasiswa adalah pemimpin masa depan.....kalau kita tidak latih diri kita menjadi pemimpin, 








mcm mana kita nak menjadi pemimpin 








kepada rakyat nanti apabila habis belajar???.....








Untuk anak watan negeri sabah, di mana pun anda belajar, setinggi mana pun anda










mendapat pendidikan, janganlah lupakan tanah






tumpahnya darah kita...sebab negeri kita memerlukan orang-orang ilmuwan seperti kita 








untuk membantu pembangunan dan 






penambahbaikan di negeri sabah........









wallahualam.......

Sunday, November 13, 2011

Kem KRISS Beaufort Pertama Bagi Ku 2011

11 November 2011
8.00pm

Perjalanan ku bermula..
aku di bawa oleh saudara hasmadi hasbi atau dikenali dengan gelaran bg madi...
kami bertolak di rumah bg madi dan berehat sebentar di rumah nya.....
tepat jam 9.00pm kami bertolak ke program KRISS yang di adakan di Beaufort....
Alhamdulilah masa cuti nie dapat juga di isi dengan program-program tarbiyah....
tenaga yang ada nie dapat juga berbakti untuk negeri sendiri.......
Alhamdulilah......

Sebelum bertolak kami berhenti di stesen kereta api dekat giant di Putatan....
bukan singgah beli makanan ya...tapi mengambil serikandi dr UMS 
yang akan turut serta menyumbang bakti kepada negeri.....
Alhamdulilah perjalanan malam tue agak baik kerana kereta pada waktu itu nda banyak...
tepat jam 10pm kami sampai di tempat destinasi iaitu SMK BEAUFORT 1....
Di sinilah sesi perkenalan dengan pejuang-pejuang PSS bermula.....
Berkesempatan bertemu dengan pejuang Pusat PSS, PSS Sepitang, PSS Beaufort.....
eh nda juga ketinggalan bha PSS KK...ngee.....ana kan orang KK...ehehe...

Aktiviti pertama ialah sesi ta'aruf di kalangan AJK dan juga Fasi...
ehe...ana Jadi FASILITATOR....Allah hanya allah sahaja tahu perasaan tyme nie.....
Even fasi nie telah menjadi darah daging, tapi menjadi fasi di negeri lain berbeza di negeri sendiri....
Ini kerana Waqi' di Sabah tidak sama dengan waqi' di Semenanjung....
Mungkin Allah sengaja melatih ana untuk lebih mengenali waqi' di negeri sendiri....
Alhamdulilah malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf dan pembahagian tugas....

12 November 2011
4.00am-12.00pm

Hari pertama ana di bumi Beaufort....
Aktiviti pertama ialah bangun se awal 3.30 pagi untuk menunaikan qiam se awal jam 4a.m
qiam pagi tue di pimpin oleh Abg Otai PSS kita iaitu Abg Azizul Julirin....
Nie orang sabah sepa ndak kenal ndak tahulah....
especially ahli-ahli PSS....
betul orang cakap bila di negeri orang x berapa rasa pun ke syokkannya....
namun bila di negeri sendiri....pelbagai rasa yang di alami....
alhamdulilah setelah sekian lama meninggalkan qiam.....
akhirnya dalam program ini dapat juga ana melaksanakannya......
lebih-lebih lagi di pimpin oleh orang yang berpengalaman.......
Alhamdulilah dalam kegelapan malam ana bersujud kesyukuran dan menadah doa kerna 
dapat juga bermunajat padanya.... x sia-sia follow program nie.....Alhamdulilah....
Semoga dosa-dosa silam ana di ampunkan oleh Allah.....

Program diteruskan lagi dengan bermain futsal....
ada kepelikkan@ keganjilan dalam permainan futsal ini.....
nak tahu pa yang pelik?? peserta bermain bola bukan tendang dari depan tapi tendang dr belakang..
mula-mula pelik juga....tapi bila tengok peserta-peserta main kan.....tercuit juga hati ini.....^_^
rupa-rupanya ada motif napa peserta di suruh tendang dari belakang bukan dari depan......
sebenarnya motif game itu adalah menyuruh peserta untuk bermain 
tendang dari depan even arahan bertentangan......
Nak tahu napa????.....napa ya??
Sebab dalam syariat islam semua menunjukkan jalan yang betul.... 
jadi apabila ada arahan menyuruh kita melanggar syariat tue...adakah kita akan follow arahan tue??
jadi terbukalah minda ana berdasarkan game tue.....
Actually diorang nak smpaikan bahawa, dalam kehidupan kita, kita dah tahu islam itu betul....
dan menjadi kewajipan kita untuk follow nya.....
mcm ginie satu analogi ana bagi....ngee...
kita biasa lihat kereta ada empat tayar dan stering keta kan....
cuba lah kita pandu tanpa stering??... rasa2 lah kan boleh jalan kah?? ehehe
entah-entah sampai tua nda nie berjalan.....ehe
maaf;lah lau analogi tue kurang berkesan....
apa yang ingin ana sampaikan, fitrah manusia dilahirkan untuk menjadi hamba kepada Allah.....
tetiba lak ada insan lahir bukan menjadi hamba abdi kepada allah??
sudah tentu dia melanggar fitrah sebagai seorang hamba allah.....
sama jugalah kepada insan-insan yang terjebak dalam menukar-nukar jantina....
seolah-olah golongan ini melawan ciptaan Allah dan tidak bersyukur dengan apa yang ada pada diri mereka
Namun ana bersyukur ana tidak tergolong dalam golongan itu...
tapi ana tidak lari daripada melakukan kesalahan demi kesalahan dan sering melanggar fitrah sebagai
seorang hamba.....namun bagi ana setiap kesalahan kesilapan tue lah akan mengajar kita erti islam sebenar..
lebih-lebih lagi kita harus bersyukur Allah sentiasa memaafkan hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat...
Alhamdulilah berdasarkan game tadi sedikit sebanyak dapat memberi ilmu serta kesedaran dalam diri ini...

Next nya peserta-peserta nie ada slot kuliyah dasar daripada pemceramah-penceramah yang berpnglman..
Antara tajuk yang di ketengahkan kepada peserta ialah Apa Makna Saya Islam Melalui Akidah
Dan Apa Makna Saya Islam Melalui Akhlak......
Dan bila baca tajuk kuliah nie teringat ana kepada ahli-ahli usrah ana di KIAS....Especially Naqib Ana 
Ust Zulqarnain yang merupakan juga salah seorang murabbi yang hebat di KIAS.....
SubhanAllah rupanya nda sia-sia ana di ketengahkan dengan buku karangan Fathi Yakan....
yang bertajuk Maza Yakni atau Apa Makna Saya Menganut Islam.....
Sebab Buku nie sentiasa di gunakan untuk dijadikan panduan di mana-mana sahaja.....
Jadi bertambah lagi ilmu yang ana dapat melalui ceramah-ceramah ini....
even ana pernah berbahas, berbincang mengenai tajuk-tajuk dalam buku ini....
namun melalui penyampaian yang berbeza daripada penceramah, dapat juga input-input yang berbeza
dari sebelum ini yang ana dapat......
Alhamdulilah program ini amat bermakna dan memberikan kesan untuk penambah baikan ke arah islam yang ORIGINAL...bukan islam atas nama sahaja..... ngee....

Pada Petang lak...ada LDK kumpulan....Yang ini tajuk yang paling bez dan penuh dengan pengajaran....
Nak tahu petang ini peserta kena suruh buat apa??
ehehe....peserta di bahagi kepada tujuh kumpulan dan setiap kumpulan kan di berikan satu tajuk....
then dorang kan di berikan masa dalam 10 minit untuk berbincang untuk mengeluarkan hujah yang mantap..
eh jap-jap...lupa..mesti nak tahu apa diorang kena suh buat kan.....
mahu tahu, dowang kena suh mengeluarkan hujah untuk mempertahankan tajuk-tajuk yang di berikan...
alarh macam debat tue, di berikan usul, jadi kena pertahankanlah usul dengan hujah-hujah yang mantap....
ehehe...
Tajuknya Besar....." Siapakah yang yang bersalah?? adakah "tajuk yang dowang kena bagi" yang menyebabkan berleluasanya masalah sosial di kalangan remaja masa kini...."
antara tajuk yang di bagi, " ibubapa, pelajar, mediamassa, kerajaan, guru, masyarakat, dan rakan sebaya"
ngee...rasa-rasalah sepa yang bersalah??? memang hebat sesi petang nie.....
memang panas jugalah sidang dewan parlimen pada petang itu, di mana masing-masing mempertahankan tajuk masing-masing dan masing mengeluarkan hujag yang mantap serta menembak antara satu sama lain....
bez sangat, adik-adik nie pandai bercakap....kalau masuk U komfirm bakal jadi pemimpin.....
So, nak tahu x objektif sebalik program nie?? ..... 
ok lah, sebenarnya semua tajuk tue bersalah, tapi yang paling-paling bersalah.....ialah......
.....................................................................................rasa-rasa sepa??
ehehe... orang paling bersalah ialah DIRI KITA SENDIRI..... ha'ah, terkejut kan??
jangan terkejut, memang betullah, semuanya berpunca dari kita sendiri.....
masalah merokok, kalau kita tahu benda tue x baik napa kita hisap lagi kan??
lepak, hisap dadah, dating dan semua lah......semuanya berpunca dari kita....
kesimpulannya dalam sesuatu permasalahan ataupun pergolakkan yang berlaku jangan lah 
kita mencari kesalahan orang lain dan saling menuduh orang....
tapi cuba kita try sama-sama cari jalan penyelesaian agar masalah itu dapat di bendung.....
contohnya masalah gejala sosial yang kian merebak di seluruh negeri....
kenapa kita menuduh-nuduh orang yang bersalah?? sepatutnya kita berusaha membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut....sebab ada lah kata-kata ilmuan....
"satu jari kita menunjuk kepada orang, ada empat jari lagi menunjuk ke arah kita"....

Pada malamnya, merupakan malam last....
malam tue ada sesi malam kesenian dan juga slot muhasabah.....
subhanAllah slot muhasabah itulah yang ana nanti-nantikan....apata lagi orang yang akan bagi slot tue....
bukan calang-calng orang, sepa yang ikut tidak kira peserta mahupun di kalangan AJK pasti akan menangis.
ok lah kita pergi satu-satu ok, mula sesi kesenian....
mesti fikir kesenian nie melukis kan....kan...kan.....
bukanlah, kesenian nie berlakonlah lebih kurang.....tapi berbeza dengan kem-kem yang lain....
ya lah dah nama kem remaja ISLAM....jadi berbeza lah kan dengan kem lain....
ehehe...nak tahu apa yang beza?? kali nie pendekatan yang digunakan cukup berbeza....
yalah berbeza daripada kem-kem yang ana follow....
ok, dowang di bagi barang-barang alatan then dowang akan berlakon berdasarkan barang-barang tue....
dan berpaksikan tema "PENGORBANAN".....
kalau  ana jadi peserta kan, komfirm pening juga bha, mana nda lau di fikir melalui akal biasa kan...
nda logik bha berlakon dengan barang-barang yang di bagi.....
tapi apabila guna akal yang lebih kritis dan kreatif...alhamdulilah semua peserta dapat melakonkannya...
nak tahu barang-barang yang di bagi??
ehehe....." Sudu, kerusi, Piring, Plastik, Tiang Bendera, gelas, helmet, kain lap, pen marker, botol air"
ahaha lucukan barang tue....bagi ana lah, tapi sebenarnya ada motif sebalik tue tau.....
erm pertama menguji pemikiran para peserta supaya peserta tahu sebagai umat Islamkan kena berfikiran kritis dan kreatif.... betul nda??
tapi alhamdulilah semuanya dapat melakukan yang terbaik....dan yang paling bez kan....paling bez kan.....
ehehe kumpulan ana dapat the higher mark...ehehe.... Tahniah dik!!....

Seterusnya Slot Muhasabah.....
slot inilah yang ana nantikan dan tunggukan, tambah-tambah ana kehausan tarbiyah.....
alhamdulilah ana dapat meneguk sedikit tarbiyah yang ada di SABAH untuk terus istiqamah di jalan ALLAh
slot muhasabah di handle oleh Abg oTAI PSS PUSAT iaitu Abg Amin dan Abg Nasir....
Slot muhasabah ini telah menjadi darah daging abg amin khususnya dalam memberikan kesedaran kepada para peserta secara khusus dan kepada AJK juga secara tidak langsung.....
Pendekatan pada malam itu, abg amin gunakan supaya peserta sedar tujuan mereka sebagai hamba Allah...
dengan mendedahkan natijah balasan bila kita mati suatu hari nanti......
WaLLahualam nda da sepa tahu bilakan kita mati.....
Dengan penuh semangat yang feeling penyampaian daripada abg amin....
sedikit sebanyak dapat mengetuk pintu hatiku agar bertukar ke arah kebaikkan...
setiap bait kata-katanya dan doanya yang penuh kusyuk....jujur.....
ana menitiskan air mata keinsafan......SubahanAllah hany Allah sahaja tahu selaju mana derasnya airmata ku mengalir...mengenakan kesilapan dosa-dosa yang ana pernah lakukan......
Alhamdulilah slot tue telah sedikit sebanyak mengubah pendirian dan personaliti ana menjadi seorang ISLAM YANG ORIGINAL...insyALLAH......

13 November 2011

Alhamdulilah hari ini hari last ana di bumi Beaufort sebelum bertolak balik ke KK...
Dan Alhamdulilah nie bukan pertama dan terakhir ana akan membantu dalam gerak kerja islam....
Ok, pagi-pagi tue mcm biasa di mulakan dengan qiam dan solat subuh....
Selepas tue peserta di minx berkumpul di depan dewan makan dowang untuk bersenam sebelum memulakan aktiviti Explorace....Yea3x!!! ehehe...

Rasanya tidak apa yang perlu di kongsikan, mungkin kenangan yang bermakna ialah Hari ini tertubuhnya Kelab Remaja Ukhuwah yang pertama di bumi Beaufort.....
Alhamdulilah Aura PSS dan KRU telah sampai di bumi Beaufort...
dan bertambah lagi Keluarga PSS dan KRU di SABAH.....
ini memberi makna Gerak Kerja Islam Semakin Berkembang Di Sabah......

Ok lah rasanya itu sahaja dahulu perkongsian dari ana....
apa yang baik tue datang dari Allah dan buruk tue dari diri ana....
maaflah entry yang kurang menarik.....
ohw ya, sebenarnya banyak lagi aktivit yang menarik dan bez...tapi bagi ana apa yang ana tulis dan coret tue yang banyak memberi kesan dalam diri ana.....
Moga aktivit-aktiviti KRISS ini akan terus berkembang dan terus hidup di Bumi Sabah......

Buat Sahabat PSS tidak kira dari cawangan mana, Syukran atas perkongsian pengalaman, tunjuk ajar yang kamu telah berikan, sesungguhnya ana amat menghargainya.....buat Anak Watan Negeri Sabah.....
Di Mana kamu berada, ingatlah pada negeri sabah sebab PSS sabah memerlukan tenaga seperti kamu untuk menggerkakan Gerak Kerja Islam di Sabah.....

Moga kita bertemu lagi dalam entry yang lain.....
salam Ukhuwah Salam Bermujahadah.....




Wednesday, November 9, 2011

Jangan Buat Saya Jatuh Hati Pada Awak....

Pesanan Buat diriku yang lemah dan Muslimin di luar sana.....

Copyright from dr. cinta blogspot.com

Salam to all readers~ =) (Ups, ni bukan entry diskriminasi gender tapi ini realiti)


“Tell the believing men to lower their gaze and be modest. That is purer for them. Allah is Aware of what they do. And tell the believing women to lower their gaze and be modest.” (An-Nur: 30-31)


Allah dah bagi peringatan supaya kita menjaga perhubungan sesama lawan jenis. Hmm, tapi susah kita nak faham (termasuklah orang yang menulis ni)


(Saya mohon kebenaran untuk sebarkan poster ni yep-approve pun dak lagi ni)  Bila mana kita tidak menjaga pandangan, kelakuan pun tidak akan berjaga. Yes, benda yang kita nampak remeh temeh je pon, but impact sangat besar. Mempengaruhi seluruh kehidupan. Penjagaan hati itu penting.


Bukannya apa, kadang-kadang orang tu layan kita sama je macam kawan dia yang lain. tapi disebabkan hati perempuan ni mudah tersentuh, kita pun dah start sayang and etc etc pada kawan tu. Tapi sebenarnya dia biasa-biasa je. So girls, beware. The heart is fragile, so handle with care. =)

poster for campus


Sekali lagi saya ingatkan, bukan niat saya untuk berat sebelah untuk memenangi kaum wanita, tapi saya cuma berkongsi cerita tentang kebenaran yang sering berlegar-legar di sekeliling saya. Sekadar peringatan bersama. Waallahu'alam~ =)


p/s: penjagaan bersama mensucikan hati~ =