My Blog List

Sunday, November 13, 2011

Kem KRISS Beaufort Pertama Bagi Ku 2011

11 November 2011
8.00pm

Perjalanan ku bermula..
aku di bawa oleh saudara hasmadi hasbi atau dikenali dengan gelaran bg madi...
kami bertolak di rumah bg madi dan berehat sebentar di rumah nya.....
tepat jam 9.00pm kami bertolak ke program KRISS yang di adakan di Beaufort....
Alhamdulilah masa cuti nie dapat juga di isi dengan program-program tarbiyah....
tenaga yang ada nie dapat juga berbakti untuk negeri sendiri.......
Alhamdulilah......

Sebelum bertolak kami berhenti di stesen kereta api dekat giant di Putatan....
bukan singgah beli makanan ya...tapi mengambil serikandi dr UMS 
yang akan turut serta menyumbang bakti kepada negeri.....
Alhamdulilah perjalanan malam tue agak baik kerana kereta pada waktu itu nda banyak...
tepat jam 10pm kami sampai di tempat destinasi iaitu SMK BEAUFORT 1....
Di sinilah sesi perkenalan dengan pejuang-pejuang PSS bermula.....
Berkesempatan bertemu dengan pejuang Pusat PSS, PSS Sepitang, PSS Beaufort.....
eh nda juga ketinggalan bha PSS KK...ngee.....ana kan orang KK...ehehe...

Aktiviti pertama ialah sesi ta'aruf di kalangan AJK dan juga Fasi...
ehe...ana Jadi FASILITATOR....Allah hanya allah sahaja tahu perasaan tyme nie.....
Even fasi nie telah menjadi darah daging, tapi menjadi fasi di negeri lain berbeza di negeri sendiri....
Ini kerana Waqi' di Sabah tidak sama dengan waqi' di Semenanjung....
Mungkin Allah sengaja melatih ana untuk lebih mengenali waqi' di negeri sendiri....
Alhamdulilah malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf dan pembahagian tugas....

12 November 2011
4.00am-12.00pm

Hari pertama ana di bumi Beaufort....
Aktiviti pertama ialah bangun se awal 3.30 pagi untuk menunaikan qiam se awal jam 4a.m
qiam pagi tue di pimpin oleh Abg Otai PSS kita iaitu Abg Azizul Julirin....
Nie orang sabah sepa ndak kenal ndak tahulah....
especially ahli-ahli PSS....
betul orang cakap bila di negeri orang x berapa rasa pun ke syokkannya....
namun bila di negeri sendiri....pelbagai rasa yang di alami....
alhamdulilah setelah sekian lama meninggalkan qiam.....
akhirnya dalam program ini dapat juga ana melaksanakannya......
lebih-lebih lagi di pimpin oleh orang yang berpengalaman.......
Alhamdulilah dalam kegelapan malam ana bersujud kesyukuran dan menadah doa kerna 
dapat juga bermunajat padanya.... x sia-sia follow program nie.....Alhamdulilah....
Semoga dosa-dosa silam ana di ampunkan oleh Allah.....

Program diteruskan lagi dengan bermain futsal....
ada kepelikkan@ keganjilan dalam permainan futsal ini.....
nak tahu pa yang pelik?? peserta bermain bola bukan tendang dari depan tapi tendang dr belakang..
mula-mula pelik juga....tapi bila tengok peserta-peserta main kan.....tercuit juga hati ini.....^_^
rupa-rupanya ada motif napa peserta di suruh tendang dari belakang bukan dari depan......
sebenarnya motif game itu adalah menyuruh peserta untuk bermain 
tendang dari depan even arahan bertentangan......
Nak tahu napa????.....napa ya??
Sebab dalam syariat islam semua menunjukkan jalan yang betul.... 
jadi apabila ada arahan menyuruh kita melanggar syariat tue...adakah kita akan follow arahan tue??
jadi terbukalah minda ana berdasarkan game tue.....
Actually diorang nak smpaikan bahawa, dalam kehidupan kita, kita dah tahu islam itu betul....
dan menjadi kewajipan kita untuk follow nya.....
mcm ginie satu analogi ana bagi....ngee...
kita biasa lihat kereta ada empat tayar dan stering keta kan....
cuba lah kita pandu tanpa stering??... rasa2 lah kan boleh jalan kah?? ehehe
entah-entah sampai tua nda nie berjalan.....ehe
maaf;lah lau analogi tue kurang berkesan....
apa yang ingin ana sampaikan, fitrah manusia dilahirkan untuk menjadi hamba kepada Allah.....
tetiba lak ada insan lahir bukan menjadi hamba abdi kepada allah??
sudah tentu dia melanggar fitrah sebagai seorang hamba allah.....
sama jugalah kepada insan-insan yang terjebak dalam menukar-nukar jantina....
seolah-olah golongan ini melawan ciptaan Allah dan tidak bersyukur dengan apa yang ada pada diri mereka
Namun ana bersyukur ana tidak tergolong dalam golongan itu...
tapi ana tidak lari daripada melakukan kesalahan demi kesalahan dan sering melanggar fitrah sebagai
seorang hamba.....namun bagi ana setiap kesalahan kesilapan tue lah akan mengajar kita erti islam sebenar..
lebih-lebih lagi kita harus bersyukur Allah sentiasa memaafkan hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat...
Alhamdulilah berdasarkan game tadi sedikit sebanyak dapat memberi ilmu serta kesedaran dalam diri ini...

Next nya peserta-peserta nie ada slot kuliyah dasar daripada pemceramah-penceramah yang berpnglman..
Antara tajuk yang di ketengahkan kepada peserta ialah Apa Makna Saya Islam Melalui Akidah
Dan Apa Makna Saya Islam Melalui Akhlak......
Dan bila baca tajuk kuliah nie teringat ana kepada ahli-ahli usrah ana di KIAS....Especially Naqib Ana 
Ust Zulqarnain yang merupakan juga salah seorang murabbi yang hebat di KIAS.....
SubhanAllah rupanya nda sia-sia ana di ketengahkan dengan buku karangan Fathi Yakan....
yang bertajuk Maza Yakni atau Apa Makna Saya Menganut Islam.....
Sebab Buku nie sentiasa di gunakan untuk dijadikan panduan di mana-mana sahaja.....
Jadi bertambah lagi ilmu yang ana dapat melalui ceramah-ceramah ini....
even ana pernah berbahas, berbincang mengenai tajuk-tajuk dalam buku ini....
namun melalui penyampaian yang berbeza daripada penceramah, dapat juga input-input yang berbeza
dari sebelum ini yang ana dapat......
Alhamdulilah program ini amat bermakna dan memberikan kesan untuk penambah baikan ke arah islam yang ORIGINAL...bukan islam atas nama sahaja..... ngee....

Pada Petang lak...ada LDK kumpulan....Yang ini tajuk yang paling bez dan penuh dengan pengajaran....
Nak tahu petang ini peserta kena suruh buat apa??
ehehe....peserta di bahagi kepada tujuh kumpulan dan setiap kumpulan kan di berikan satu tajuk....
then dorang kan di berikan masa dalam 10 minit untuk berbincang untuk mengeluarkan hujah yang mantap..
eh jap-jap...lupa..mesti nak tahu apa diorang kena suh buat kan.....
mahu tahu, dowang kena suh mengeluarkan hujah untuk mempertahankan tajuk-tajuk yang di berikan...
alarh macam debat tue, di berikan usul, jadi kena pertahankanlah usul dengan hujah-hujah yang mantap....
ehehe...
Tajuknya Besar....." Siapakah yang yang bersalah?? adakah "tajuk yang dowang kena bagi" yang menyebabkan berleluasanya masalah sosial di kalangan remaja masa kini...."
antara tajuk yang di bagi, " ibubapa, pelajar, mediamassa, kerajaan, guru, masyarakat, dan rakan sebaya"
ngee...rasa-rasalah sepa yang bersalah??? memang hebat sesi petang nie.....
memang panas jugalah sidang dewan parlimen pada petang itu, di mana masing-masing mempertahankan tajuk masing-masing dan masing mengeluarkan hujag yang mantap serta menembak antara satu sama lain....
bez sangat, adik-adik nie pandai bercakap....kalau masuk U komfirm bakal jadi pemimpin.....
So, nak tahu x objektif sebalik program nie?? ..... 
ok lah, sebenarnya semua tajuk tue bersalah, tapi yang paling-paling bersalah.....ialah......
.....................................................................................rasa-rasa sepa??
ehehe... orang paling bersalah ialah DIRI KITA SENDIRI..... ha'ah, terkejut kan??
jangan terkejut, memang betullah, semuanya berpunca dari kita sendiri.....
masalah merokok, kalau kita tahu benda tue x baik napa kita hisap lagi kan??
lepak, hisap dadah, dating dan semua lah......semuanya berpunca dari kita....
kesimpulannya dalam sesuatu permasalahan ataupun pergolakkan yang berlaku jangan lah 
kita mencari kesalahan orang lain dan saling menuduh orang....
tapi cuba kita try sama-sama cari jalan penyelesaian agar masalah itu dapat di bendung.....
contohnya masalah gejala sosial yang kian merebak di seluruh negeri....
kenapa kita menuduh-nuduh orang yang bersalah?? sepatutnya kita berusaha membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut....sebab ada lah kata-kata ilmuan....
"satu jari kita menunjuk kepada orang, ada empat jari lagi menunjuk ke arah kita"....

Pada malamnya, merupakan malam last....
malam tue ada sesi malam kesenian dan juga slot muhasabah.....
subhanAllah slot muhasabah itulah yang ana nanti-nantikan....apata lagi orang yang akan bagi slot tue....
bukan calang-calng orang, sepa yang ikut tidak kira peserta mahupun di kalangan AJK pasti akan menangis.
ok lah kita pergi satu-satu ok, mula sesi kesenian....
mesti fikir kesenian nie melukis kan....kan...kan.....
bukanlah, kesenian nie berlakonlah lebih kurang.....tapi berbeza dengan kem-kem yang lain....
ya lah dah nama kem remaja ISLAM....jadi berbeza lah kan dengan kem lain....
ehehe...nak tahu apa yang beza?? kali nie pendekatan yang digunakan cukup berbeza....
yalah berbeza daripada kem-kem yang ana follow....
ok, dowang di bagi barang-barang alatan then dowang akan berlakon berdasarkan barang-barang tue....
dan berpaksikan tema "PENGORBANAN".....
kalau  ana jadi peserta kan, komfirm pening juga bha, mana nda lau di fikir melalui akal biasa kan...
nda logik bha berlakon dengan barang-barang yang di bagi.....
tapi apabila guna akal yang lebih kritis dan kreatif...alhamdulilah semua peserta dapat melakonkannya...
nak tahu barang-barang yang di bagi??
ehehe....." Sudu, kerusi, Piring, Plastik, Tiang Bendera, gelas, helmet, kain lap, pen marker, botol air"
ahaha lucukan barang tue....bagi ana lah, tapi sebenarnya ada motif sebalik tue tau.....
erm pertama menguji pemikiran para peserta supaya peserta tahu sebagai umat Islamkan kena berfikiran kritis dan kreatif.... betul nda??
tapi alhamdulilah semuanya dapat melakukan yang terbaik....dan yang paling bez kan....paling bez kan.....
ehehe kumpulan ana dapat the higher mark...ehehe.... Tahniah dik!!....

Seterusnya Slot Muhasabah.....
slot inilah yang ana nantikan dan tunggukan, tambah-tambah ana kehausan tarbiyah.....
alhamdulilah ana dapat meneguk sedikit tarbiyah yang ada di SABAH untuk terus istiqamah di jalan ALLAh
slot muhasabah di handle oleh Abg oTAI PSS PUSAT iaitu Abg Amin dan Abg Nasir....
Slot muhasabah ini telah menjadi darah daging abg amin khususnya dalam memberikan kesedaran kepada para peserta secara khusus dan kepada AJK juga secara tidak langsung.....
Pendekatan pada malam itu, abg amin gunakan supaya peserta sedar tujuan mereka sebagai hamba Allah...
dengan mendedahkan natijah balasan bila kita mati suatu hari nanti......
WaLLahualam nda da sepa tahu bilakan kita mati.....
Dengan penuh semangat yang feeling penyampaian daripada abg amin....
sedikit sebanyak dapat mengetuk pintu hatiku agar bertukar ke arah kebaikkan...
setiap bait kata-katanya dan doanya yang penuh kusyuk....jujur.....
ana menitiskan air mata keinsafan......SubahanAllah hany Allah sahaja tahu selaju mana derasnya airmata ku mengalir...mengenakan kesilapan dosa-dosa yang ana pernah lakukan......
Alhamdulilah slot tue telah sedikit sebanyak mengubah pendirian dan personaliti ana menjadi seorang ISLAM YANG ORIGINAL...insyALLAH......

13 November 2011

Alhamdulilah hari ini hari last ana di bumi Beaufort sebelum bertolak balik ke KK...
Dan Alhamdulilah nie bukan pertama dan terakhir ana akan membantu dalam gerak kerja islam....
Ok, pagi-pagi tue mcm biasa di mulakan dengan qiam dan solat subuh....
Selepas tue peserta di minx berkumpul di depan dewan makan dowang untuk bersenam sebelum memulakan aktiviti Explorace....Yea3x!!! ehehe...

Rasanya tidak apa yang perlu di kongsikan, mungkin kenangan yang bermakna ialah Hari ini tertubuhnya Kelab Remaja Ukhuwah yang pertama di bumi Beaufort.....
Alhamdulilah Aura PSS dan KRU telah sampai di bumi Beaufort...
dan bertambah lagi Keluarga PSS dan KRU di SABAH.....
ini memberi makna Gerak Kerja Islam Semakin Berkembang Di Sabah......

Ok lah rasanya itu sahaja dahulu perkongsian dari ana....
apa yang baik tue datang dari Allah dan buruk tue dari diri ana....
maaflah entry yang kurang menarik.....
ohw ya, sebenarnya banyak lagi aktivit yang menarik dan bez...tapi bagi ana apa yang ana tulis dan coret tue yang banyak memberi kesan dalam diri ana.....
Moga aktivit-aktiviti KRISS ini akan terus berkembang dan terus hidup di Bumi Sabah......

Buat Sahabat PSS tidak kira dari cawangan mana, Syukran atas perkongsian pengalaman, tunjuk ajar yang kamu telah berikan, sesungguhnya ana amat menghargainya.....buat Anak Watan Negeri Sabah.....
Di Mana kamu berada, ingatlah pada negeri sabah sebab PSS sabah memerlukan tenaga seperti kamu untuk menggerkakan Gerak Kerja Islam di Sabah.....

Moga kita bertemu lagi dalam entry yang lain.....
salam Ukhuwah Salam Bermujahadah.....




No comments:

Post a Comment