My Blog List

Thursday, October 27, 2011

Liku-Liku Perjalananku Sebelum Ke Tanah Tumpah Darah Airku...

Alhamdulilah, Orang kata kan, luas perjalanan luas pemandangan luas lagi pengetahuan. Perjalanan Kembaraku Bermula pada sebaik sahaja tamatnya exam finalku di KIAS, Alhamdulilah dengan kesibukkan amanah yang dipegang dapat juga aku menamatkan exam aku walau tidak dengan baik tapi alhamdulilah...bolehlah...ehe....InsyAllah boleh kekalkan pointer 3.0 ke atas.....insyAllah....

Jom...Jom Kembara Reading....ehe
Cerita bermula pada,

21 Oktober 2011 bersamaan Jumaat
09.00pagi

Perjalanan pertama kembaraku bermula, semuanya berkumpul di depan mkl dengan menaiki 3 buah van yang disewa untuk pergi ke pgram "KAMU' iaitu Karnival Ilmu Anak Muda yang di buat di Selangor....Aku dan kawan-kawanku bertolak lebih kurang dalam jam 9.00 pagi ke Selangor...Selain KIAS, USM Kubang kerian juga ada bersama kami....Wah meriah sedikit lah ada juga U lain...ehe....

Kami Berhenti berehat Solat di salah sebuah masjid di tepi jalan yang telah masuk kawasan Pahang....Alhamdulilah dalam perjalanan jauh dapat juga kami bersolat jumaat pada hari itu walaupun kami termasuk dalam golongan yang bermusafir yang tidak dikira bilangan jemaah jumaat pada masjid itu..... Pergh!! memang sedih sangattttt tgk masjid ini dengan imamnya lagi, Allah.....Aku harap lepas nie adalah golongan bertanggungjawab dapat ambil cakna dengan masjid tersebut......InsyAllah doa2kan.....
Sebelum meneruskan perjalanan, kami makan-makan kepok, goreng pisang kebetulan ada berjual di luar masjid, sementara menunggu muslimat yang bertukar giliran dengan muslimin untuk solat zohor serta asar (solat jamak qasar)....

Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah kami sampai ke Stadium shah Alam destinasi kami yang kami hendak pergi.....Namun begitu, aku tidak akan lupa pengalaman malam ini, kami sesat, van aku naik Sesat!! ahaha tak tahulah apa mahu aku cakapkan, mungkin inilah ujian dan dugaan daripada allah kepada kami, tapi orang bilang, sesat-sesat di Kuala Lumpur perkara biasa....Nak dijadikan ceritakan, malam tue selepas daripada berhenti untuk solat magrib di stesen petronas....masing-masing meneruskan perjalanan dan van yang aku naiki adalah van terakhir meninggalkan stesen tersebut, malangnya kami telah ditinggalkan oleh dua van yang lain, sepatutmya kami mengambil jalan lurus, tetapi pemandu kami tersalah belok pi kiri, alamat pergi bukit jelutong lah kami.....Namun ketentuan Allah itu maha hebat, dikurniakan akal kepada manusia untuk berfikir, alhamdulilah akal yang digunakan kami guna sepenuhnya, akhirnya kami temui juga jalan menuju ke shah alam dan bertemu dengan van yang lain di stadium shah alam......

Sesudah sampai di stadium, Kami mengucapkan syukur Alhamdulilah kerana dapat juga ketemu dengan jalan menuju ke shah alam.... Malam itu nak dijadikan cerita, Program sepatutnya perasmian di tunda pada malam esoknya, akhirnya kami di beri peluang kepada Allah untuk menambahkan amalan pahala dengan membantu AJK Gamis untuk membuat persiapan pada program esoknya.....dapat jugalah merasa tempias-tempias AJK, ehe, rasa macam-macam ada, xtahulah mahu ckp apa.....yang penting enjoy.....Rasa-rasalah lebih kurang jam 1 pagi lebih jugalah kami balik....

Setelah selesai kami di bawah ke asrama bawa kelolaan yayasan selamgor....Di sana kami ditempatkan untuk masing-masing bertafakur di katil masing-masing. Alhamdulilah akhirnya dapat juga kami tidur di atas katil, ingat tidur dalam van....malam tue pun di tamat dengan aktiviti kembara malam yang panjang.........

Untuk cerita seterusnya akan di sambung di masa akan datang.....

No comments:

Post a Comment