My Blog List

Monday, January 16, 2012

Permata yang Telah Hilang

Kubur Arwah bonda setelah 7 hari arwah meninggal....
Al-Fatihah


Ibu,
Dikedinginan Malam Sunyi,
Terkenang daku akan pemergianmu,
Dibuai sejuta kenangan manis,
Disiram segar, subur, kasih penuh rindu,
Mengiringi pemergianmu,

Ibu,
Sejuta keampunan kupinta darimu,
Buat pengampun dosa kerdil ini,
Buat menebus kekuranan melayani hayatmu,
Buat melunas hutang jiwa,
Seorang anak terhadap ibu,

Oh, Ibu,
Kutinggalkan jasadmu di kuburan ini,
Namun izinkan aku bawa pulang kasih sayang mu,
Izinkan kubawa semangat dan doamu,
Izinkan aku pulang berbekal keampunan dan redhomu ibu,
Doakanlah aku ibu, agar bersemangat menyambung amal ibadahmu,
Berbekal akal, ilmu dan iman yang engkau ajarkan dulu,
Ya Tuhan,
Ku titip jasad ibu untuk engkau rahmati,
Ku pinjam jiwa kental dan kasih sayang ibu,
Buat bekal hidup yang berbaki,
Ku rayu keampunanmu segala dosanya robbi,
Hidayahkan aku apa sahaja,
Demi menebus dosa ibunda,

Biar nyawa, harta, dan jiwa ini jadi galang gantinya,
Janganlah kau siksa dia wahai tuhan,
Aku pohon, aku rayu padamu setulus jiwa,
Rahmatilah, kasihanilah dia….
Sepertimana ia mengasihani aku sejak kecil,

Ya allah, ya Tuhanku,
Aku berpegang kepada janjimu, janji rasulmu,
Izinkan aku menyambung amal ibu,
Izinkan aku memenuhi tawaran janjimu,
Demi ibuku,
Demi ibuku,
   Demi ibuku….

Alfatihah buat Almarhumah Nuripah Binti Aziz 
ibunda ku yang tersayang….
 Semoga Arwah tenang di alam sana.......

Terlepasnya Satu Beban

Alhamdulilah, tarikh 16hb Januari 2012 merupakan tarikh keramat buat diriku, setelah memegang tampuk kepimpinan JTK KIAS selama satu penggal, akhirnya secara rasminya jawatan yang aku pegang telah bertukar ganti dengan kepimpinan yang baru..Bersyukur ke hadrat ilahi kepimpinan yang naik juga merupakan sahabat seperjuangan ku sendiri.. Moga-moga aku doakan agar mereka dapat menjalankan amanah dengan baik..

Aku cuma terkilan, kerana bezanya pilihanraya kali ini dengan pilihanraya semasa aku dicalonkan sebagai wakil yang bertanding, tidak semeriahnya pilihanraya dahulu samada pilihanraya JTK mahupun pilihanraya PMKIAS.... namun itu tidak menjadi permasalahan, cumanya aku terfikir, adakah mahasiswa KIAS tidak cakna dengan perkembangan semasa KIAS?? adakaha mahasiswa kias sekarang hanya mementingkan kerja peribadi sendiri berbanding program2 yang di anjurkan oleh kias?? Tambahan pula tanggungjawab memilih pemimpin merupakan satu tanggungjawab kepada semua mahasiswa untuk memilih calon kepimpinan yang baik. Namun demikian, moga-moga kepimpinan yang baru ini dapat melakukan lebih baik berbanding kepimpinan sem lepas.

Akhir sekali, buat sahabat2 sekalian, biar siapa pun pemimpin kita, mahupun hamba sekalipun, muda sekalipun, letakkan lah taat dan wala' kita kepada pemimpin kita, selagi mana dia tidak melanggar quran dan sunnah.....Wallahualam....

'Selamat bertanding sahabat2 sekalian'

Mahar Yang Tinggi Untuk Apa?

Sayup-sayup kedengaran di luar sana. Kalau mahasiswa di Malaysia sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang sibuk bercuti dengan sahabat-sahabat, ada yang menziarahi sanak saudara, tidak kurang ada yang berprogram bersama kawan-kawan. Bercuti serata dunia.
Bagi yang ada kesedaran, ada yang mengikuti program ‘short sem’ di pondok-pondok bertiangkan kayu jati bagi memperkukuhkan ilmu agama. Tidak rasa rugi dengan sedikit bayaran yang di kenakan. Sememangnya pondok-pondok di Malaysia sekarang sudah banyak upgrade dari segi sistemnya. Mereka mengetahui mahasiswa-mahasiswa perlukan mereka di kala cuti semester berlangsung.
Manakala bagi pelajar timur tengah mungkin sebahagiannya masih dalam peperangan exam yang belum selesai. Semoga Allah permudahkan semuanya.
Bujang Senang dan Bujang Belum Terlajak
Di hujung tahun sebegini sememangnya para ‘bujang senang’ mahupun ‘bujang belum terlajak’ mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.
Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.
Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.
Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.
“Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k.”
“Anak Pak Seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu.”
“Anak saya kahwin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun.”
Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.
Anak Aku Paling Mahal
“Anak aku la paling ‘mahal’ setakat ni dalam kampung kita,” dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.
Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.
“Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi,” kata Lina.
“Hang gila ke apa? Aku bagi hang belajaq sampai Master, hang nak bagi kat dia RM2k aje? Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu,” balas Mak Andak pada Lina.
Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan menderhaka. Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwinan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.
Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.
Martabat Wanita Di Sisi Agama
Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.
Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.
Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.
Suami Akan Lakukan Yang Terbaik
Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda. Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.
Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.
Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.
“Aku bayar sampai RM11k, ingatkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai, masak kari pun masin dan bla bla bla….”
Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.
Pesan Rasulullah s.a.w
Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana Nabi menyebut,
“Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya.”
“Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya.”
“Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah.”
“Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi.”
Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain. Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.
Artikel oleh: Ustaz Muhammad Isa

Antara Persoalan Kahwin Awal

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Sunday, January 15, 2012

WASIAT DARIPADA RASULULLAH S.A.W

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata,

"Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

Tuesday, January 10, 2012

Tinta Kaki Berjalan

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulilah lama benar rasanya tidak menulis di bahagian blog ini, pelbagai-pelbagai mehnah dan kejadian yang menimpa ke atas diriku, seolah-olah suatu itu berlaku dengan sekejap sahaja, sukar untuk diriku bayangkan, dalam beberapa hari sahaja aku telah kehilangan seseorang yang amat aku kasihi dan cintai... Masa sebulan aku habiskan di Sabah, alhamdulilah itulah kenangan yang paling manis buat aku, sebelum detik-detik kedukaan melanda diriku... Pada pagi 21st Desimber 2011, merupakan tarikh keramat buat diriku, pada malam itu, aku sukar untuk melelapkan mata, dan fikiran ku kosong, tidak tahu kenapa, pada malam itu, ikutkan perkiraan lewat juga aku melelapkan mata, lebih kurang jam 2.00pagi.....suatu yang mengejutkan aku, kerana pada subuh itu aku tidak memasang alam pada hp ku, namun, ku hanya membuat mood silent pada hp ku, pada subuh itu aku seolah-olah di kejutkan sesuatu, seperti ada yang mengejutkan aku untuk bangun, aku merasa berat untuk bangun, namun ku gagahkan juga semangatku untuk bangun, selimut yang menutup sekujur tubuhku, ku buka sambil tanganku meraba-raba dalam kegelapan untuk mencari hpku untuk melihat jam berapa kah pada waktu itu..... Aku dikejutkan dengan beberapa panggilan dari keluarga ku, akak ku mizkol 4x, abg said mizkol 4x, dan abg along mizkol hampir 8x, aku seolah-olah sudah mengetahui apa yang bakal ku terima, ya mungkin sahaja itu cuma perasaan aku sahaja, lalu aku gagahkan diriku untuk mendail salah satu num yang memanggilku tadi, lalu aku mengambil keputusan untuk menelefon abg said, ku gagahkan badanku, ku genggam kemas hp di tangan ku, ku dengar sayup2 suara di seberang sana, lalu aku memberi salam dengan nada yang di buat-buat....lalu ku bertanya kenapa, hampir sahaja jatuh hp dari genggaman tanganku apabila mengetahui beruta yang aku terima pada subuh itu, tidak dapat lagi aku menahan titsan air mataku, kian deras, sehingga semakin kuat esakkan suaraku, aku seolah-olah sukar untuk menerima khabar berita tersebut, lalu ku gagahkan diriku dan bersuara, 'Tidak!!!!! tidak! kak, mama tidur bha tue kan?? pergilah kejutkan mama kak, kak jangan lah buat mcm nie, mama tidur bha kan, sambil esakkan ku semakin kuat, airmataku semakin deras mengalir, tidak dapatlah ku tahan perasaan di jiwa, lalu aku bangkit, ku menukar pakaian tidurku, dengan jiwa yang dalam kedukaan, terkesima, terkejut dan bermacam-macam lagi perasaan pada masa itu, aku gagahkan untuk pergi ke MKL, hajatnya untuk aku menunaikan solat jenazah ghaib, namun oleh kerana aku tidak mempunyai pengalaman melaksanakannya, aku solat tahajjud, dan hajat untuk menenangkan fikiranku, subhanallah, keadaanku makin tidak tenang, fikiranku bercelaru, melayang-layang, jasad ada dalam keadaan berdiri betulm namun fikiranku sukar untuk fokus pada solatku, lalu aku duduk beristgfar sebanyak mana mgkin untuk menenagkan fikiranku.... lalu berkumandanglah azan subuh yang diazankan oleh akh afiq helmey sahabat seperjuanganku,  bersama al-akh najamuddin role modelku, sebelum solat subuh, aku gagahkan diriku berjumpa dengan akhi najamuddin untuk bncg berkenaan melakukan solat jenazah ghaib....lalu akhi najmuddin tidak beberapa setuju untuk melakukannya selepas subuh, disebabkan mengambil cakna dengan khilaf2 ulamak, namun begitu setelah mendapat pandangan daripada ust. hishamuddin maka solat jenazah ghaib alhamdulilah dapat dilaksanakan selepas subuh.....uhuhu......setelah solat, airmataku seolah-olah tidak mengenal erti berhenti, subhanallah.....

Semoga Arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman........
Al-Fatihah